COLORFUL lancarkan SSD Kapasiti Tertinggi dengan SL500 2TB



Syarikat COLORFUL adalah salah satu syarikat profesional yang keluarkan kad grafik, motherboards dan high performance storage untuk komputer. Baru-baru ni syarikat tersebut lancarkan satu SSD baru iaitu COLORFUL SL500 yang mempunyai kapasiti storage sebesar 2TB.

SSD baru ni hadir dengan design 3.12 inci yang sesuai untuk diletakkan dalam komputer desktop, bukan tu je tapi juga dalam laptop yang ada sambungan SATA III yang boleh digunakan. Saiz storage yang besar ini sangat sesuai untuk pengguna menyimpan banyak fail dan software tanpa risau tak cukup storage. Selain tu, load times juga lebih cepat untuk aplikasi dan game yang akan memberi manfaat kepada pengguna.

Dengan kelajuan dan kapasiti SSD COLORFUL SL500 2TB, ia memudahkan pemain dan profesional untuk mengurus dan mengekalkan data mereka tanpa mix-kan pelbagai drives dengan banyak partition.

Oh ya, agak-agak harganya berapa eh? Sebenarnya, buat masa ni syarikat tersebut belum lagi mengumumkan bila tarikh SSD akan dijual dan harganya juga belum lagi diumumkan. Sis rasa ia akan dijual dalam masa terdekat ni kot. hihi


Sumber : HARDWARE HEAVEN

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.





Leave a Comment

Scroll to Top