Cyberjaya dan Putrajaya dijadikan sebagai tempat ujian rangkaian 5G di Malaysia

Nampaknya rangkaian 5G bakal dilancarkan di Malaysia tak lama lagi.Wah!

Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia, mengumumkan bahawa Cyberjaya dan Putrajaya akan menjadi tempat ujian untuk rangkaian 5G di Malaysia. Memang tidak hairanlah Cyberjaya akan dijadikan salah satu tempat paling awal untuk ujian rangkaian 5G kerana tempat itu telah mempunyai akses internet yang berkelajuan tinggi paling terawal di Malaysia.

Mereke memberitahu bahawa rangakaian 5G ini menggunakan frequency band yang rendah dan memberi kelajuan yang lebih pantas daripada 4G LTE, yang menjadikan ia luar biasa di dunia hari ini. Kelajuan rangkaian 5G ini dijangka akan mencapai sehingga 20GB per saat manakala 4G LTE akan mencapai sehingga 1GB per saat. Tetapi biasanya, kelajuan yang akan bergantung dengan provider network itu sendiri.

Buat masa ini, tidak banyak lagi kenyataan yang dikeluarkan mengenai ujian ini tetapi yang pasti ia dijangka akan bermula tidak lama lagi. Jadi, sis harap dapat berita yang lebih lanjut dengan cepat.



Bersedialah semua.

Malaysia sudah mula kehadapan dengan memasuki era digital yang baru seiring dengan negara-negara maju yang lain. Malaysia Boleh!!


P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Leave a Comment

Scroll to Top