Déraciné Confirm-kan Bloodborne yang baru??



Pemain telah menemui Easter Eggs di dalam perisian baru, Déraciné dan ia memberi berita baik untuk pemain yang mana Bloodborne 2 muncul tak lama lagi.

Amazing Komaru (melalui Fextra Life) mendapati ada anak patung dalam permainan VR Bloodborne yang baru, yang memberikan isyarat kepada pemain Bloodborne sebagai “Make Contact”– masih menggunakan isyarat yang sama oleh watak Bloodborne, The Doll.

Merujuk kepada video di atas, kenyataan yang dikeluarkan dalam video itu yang mana anak patung Déraciné memberi hint- ” A doll of the stone girl Fiona who appears in the unfinished tale. When a person has a bad dream, Fiona appears and helps them flee.”

Apabila dibaca oleh peminat, ia sebenarnya kisah yang masih belum selesai yang bermaksud ada sambungannya. Adakah ini yang disiratkan Hidetaka Miyazaki (pengarah kedua-dua permainan tersebut) untuk penciptaan pada masa akan datang? Mungkin betul sekiranya ianya adalah rujukan Bloodborne. Bukan itu saja, malah dalam rujukan lain juga ada sebuah buku yang menggunakan font logo Bloodborne dan anak patung lain yang memberikan hint “unfinished tale” dan “bad dream”.

Masih banyak lagi khabar angin mengenai Bloodborne 2 yang akan ada dalam Déraciné. Ia masih banyak bermimpi sesuatu perkara.  Apa yang banyak menjadi penggoda sekuel ternyata menjadi pengenalan aksi baru Miyazaki-RPG Sekiro: Shadows Die Twice.

Apa pun, peminat Déraciné sangat menikmatinya dan ramai yang mengatakan keberkesanan FromSoftware untuk dunia pembinaan yang mempunyai kandungan yang hebat dengan watak-watak yang menarik dan idea yang luar biasa. Semua ini metafoa yang mengenai manusia mahukan orang yang disayangi sentiasa bahagia.

*Haa gitu ceritanya. Jad, kiranya doll tu nak selamatkan orang daripada bersedih dan takut lah kan? Yang kedua pun lebih krang sama je lah eh…



P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

Leave a Comment

Scroll to Top