Movie
racun-tech-sonic-face

Disebabkan Design Sonic Yang Dahsyat, Ramai Orang Kritik Movie Tu

Director Sonic The Hedgehog movie nak design balik Sonic?? Haritu E-jam ada cerita Sonic The Hedgehog movie dekat korang yang di mana bagi E-jam agak kurang sedikit daripada segi design. Ramai sangat yang kata diorang tak suka dengan movie ni. Mostly sebab design Sonic yang sangat-sangat lah dahsyat tu. Orang ramai pun apa lagi terus memberikan kritikan lah kepada trailer Sonic The Hedgehog ni di setiap platform social media. 

Well sekarang ni nampaknya director kepada cerita tu iaitu Jeff Fowler dah memberikan response. Dia memberikan response kepada orang ramai tentang kritikan yang diberikan oleh diorang. Katanya dia berterima kasih dan akan mengubah semula design Sonic sebelum keluarnya movie tu. Tapi untuk pengetahuan korang jugak, dah ada fanmade dah untuk trailer movie ni and nampak sebijik macam Sonic yang dulu. Korang boleh check di bawah ni.

Director Jett Fowler Sanggup Redesign Demi Para Peminat

racun-tech-sonic-the-hedgehog-fanmade

Seperti yang korang tengok di atas tadi, macam tu lah yang para peminat Sonic mahukan kepada design Sonic dalam movie ni. Kalau korang tengok yang sekarang ni, Sonic ni nampak macam separuh budak separuh landak biru hahaha. E-jam pun tak sanggup nak menghadapi tapi okay je lah cuma kena perbaiki sikit kot itu je. Director Jett Fowler berkata “Terima kasih untuk support. Terima kasih jugak untuk kritikan tersebut.”

Jett Fowler jugak cakap dia faham ramai yang tak suka dengan design yang sedia ada. Mesej yang diberikan peminat sangat kuat dan jelas. Dia, Paramount dan SEGA akan memberikan komitmen penuh untuk membetulkan balik kesilapan diorang. Diorang ingin menjadikan Sonic yang terbaik dia boleh jadi.

racun-tech-sonic-the-hedgehog-poster-director-redesign

Well, tak dijangka jugak yang ada director yang sanggup mengalah untuk tukar sesuatu. Tapi here you go! Harap-harap perubahan tu dapat lah memuaskan ramai peminat setia Sonic ni. Yang pasti producer cerita ni daripada The Fast and The Furious kot so mesti banyak action dalam movie ni hehe. Oh ya harap-harap diorang tak lupa buat Dr Eggman jadi botak hahaha. Keep it classy, stay safe dan arrivederci~

Sumber: PCGamer

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST