DLC Assassin’s Creed Odyssey : Legacy of the First Blade bakal dikeluarkan pada minggu depan?!




Tarikh keluar bagi DLC Assassin’s Creed Odyssey : Legacy of the First Blade telah disahkan oleh Ubisoft!

Hi Guys! Hari ni sis nak cerita lagi pasal game Assasin’s Creed ni. So, diaorang kat Ubisoft dah umumkan tarikh episod pertama bagi DLC Assassin’s Creed Odyssey, dengan tajuk Legacy of the First Blade yang akan keluar lagi 5 hari tau guys iaitu pada 5 Disember 2018 untuk platform PlayStation 4, Xbox One, dan PC.

DLC ini akan dikeluarkan dalam bentuk episod dan keseluruhan episod adalah sebanyak 3 episod. Setiap episod akan dikeluarkan setiap 6 minggu bermula daripada Disember tahun ini sehingga Musim Bunga tahun hadapan. Bagi DLC The Fate of Atlantis pula mempunyai episodnya yang tersendiri. Episod pertama bagi DLC Legacy of the First Blade adalah “Hunted”, “Shadow Heritage” yang kedua dan “Bloodline” pula merupakan episod terakhir dalam DLC Legacy of the First Blade.

Legacy of the First Blade berkisarkan tentang Raja Darius iaitu pemerintah Kerajan Parsi yang merupakan pembunuh upahan pertama yang membunuh menggunakan pedang dilengannya. Latar masa bagi Legacy of the First Blade ini adalah pada tahun 464 – 431 sebelum masihi dan antara plot yang sis agak terkejut mangsa pembunuhan dalam episod pertama Legacy of the First Blade ini adalah Raja Xerxes yang juga dikenali sebagai ‘The Great Xerxes’ merupakan raja kelima dalam Dinasti Parsi. Nak relate kan lagi, episod pertama DLC Legacy of the First Blade ni sama dalam tempoh tahun 431 sebelum masihi sama dengan situasi Assasin’s Creed Odyssey iaitu semasa perang Peloponnesia.

Sis dah main tau story line AC Odyssey ni! Tak sabar nak tunggu DLC dia keluar! Lagi satu, kita juga boleh tengok Assassin’s Creed III remastered dan Assassin’s Creed Liberation remastered pada bulan Mac tahun hadapan khas untuk orang yang beli Pass Access ke semua episod DLC Assassin’s Creed Odyssey ni!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top