Action


Dota 2 Major Di Disneyland ?Aik? Serious lah? Haa memang serious pun. Kali ni pada pertengahan tahun akan diadakan Dota 2 Major dan mungkin berlangsung dekat Disneylad Paris. Al kisahnya begini, ada recruitment consultant buat satu iklan pasal nak mengambil orang pekerja dan menjadi peranan sales representative untuk Dota 2 Major Paris.

Lepas tu, Esports Insider pun mendapat hint daripada sumber tentang mungkin Dota Major ni akan diadakan di Disneyland dengan kerjasama daripada Mars Media yang akan menguruskan MDL.

Untuk korang yang tak tau lagi, France dulu pernah handle esports jugak tau macam LoL, CS:GO, FIFA dan sebagainya. Nampaknya France nak tambah Dota 2 pulak dalam list esports tournaments diorang kali ni. Disney pun baru nak masuk dalam broadcasting gaming esports dalam Disney XD dan sebelum ni broadcast game seperti Overwatch Pro League, EVO dan Injustice Pro League.

Yang pasti antara wakil pemain pro game Team-Based strategy yang hangat ni iaitu Sebastian (7ckngMad) Debs akan beraksi nanti dan semestinya orang France akan menyokong padu nanti. Jangan lupa jugak it will be one heck of a match so stay tuned okay guys!


Sumber: Esports Insider

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST