AAA Games

Elder Scrolls 6, Starfield Lambat Lagi Tapi…

racun-tech-elder-scrolls-blades-cover-art



Elder Scrolls 6, Starfield Lambat Lagi Tapi…

racun-tech-elder-scrolls-blades-menu

Tapi ada game yang akan menggantikan pemergian kedua-dua game Elder Scrolls 6 dan Starfield iaitu Elder Scrolls Blades. Yes, ni adalah game latest daripada Bethesda sendiri dan game ni bukan untuk PC, PS4, atau Xbox One tau. Tapi game ni adalah untuk pengguna Android atau iOS lah hahaha.

Dengan berita baru yang disahkan oleh Bethesda, E3 (Electronic Entertainment Expo) tak akan ada sebarang news, trailer atau apa-apa saja lah pasal Elder Scrolls 6 dan Starfield. Tapi dulu diorang ada announce satu game Elder Scrolls yang akan diorang release sebelum keluarnya Elder Scrolls 6 dan Starfield ni dan game tu lah Elder Scrolls Blades.

racun-tech-elder-scrolls-blades

Gameplay

Apa yang menarik pasal game ni adalah, korang akan main kat phone dan boleh bermain secara menegak atau melintang so itu adalah choice korang. Game ni E-jam nak ingatkan kepada korang yang game ni tak sama macam Skyrim. Blades ni akan bermula dengan korang terjumpa satu kampung yang musnah dan korang sebagai ketua akan membetulkan kampung tu balik.

Dalam game tu korang akan masuk dungeon selalu, bunuh raksasa sana sini, cari barang dan betulkan kampung korang tu dan akan dapat la senjata, armor, dan pakaian baru. Korang pun akan dapat exp so boleh lah naik level sekali. Game ni korang boleh main pakai satu tangan je tau so memang easy punya game.

racun-tech-elder-scrolls-blades-dungeon

Elder Scrolls Blades tu masih belum keluar di Malaysia lagi tapi available di negara lain so korang kena tunggu lah kejap. Game ni pun masih dalam Early Access dan korang kalau nak main nanti bila dah keluar, kena sign up di sini. Sign up so korang boleh main bila dah release yang Early Access tu nanti okay gais?

racun-tech-elder-scrolls-blades-arena

So, alang-alang korang bosan tunggu game seterusnya tu korang main la game ni dulu ye? Tapi tunggu keluar dulu lah baru boleh main hahaha. Okay itu saja keep it cool and ciao~


Sumber: Kotaku, PCGamer

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST