Epic Games menawarkan perkhidmatan PERCUMA cross-platform online untuk developers?!




Hari ini, Epic Games telah mengumumkan bahawa ia menawarkan perkhidmatan game cross-platform untuk para developer secara PERCUMA sepanjang tahun 2019 yang asalnya dibina untuk Fornite. Diumumkan melalui laman web Unreal Engine, tawaran perkhidmatan ini telah “battle tested” oleh 200,000,000 pemain di 7 platform: PC, Mac, iOS, Android, PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch. 

Perkhidmatan ini dibuka kepada semua enjin, semua platform, stores dan developer boleh memilih mix-and-match solutions dari Epic dan yang lain seperti yang dimahukan.

Pelancaran akan bermula pada pertenghan tahun 2019 dan first sekali akan dilancarkan di PC dan dituruti di platform lain sepanjang tahun itu. Perkhidmatan yang ada adalah seperti “cross-platform login, friends, presence, profile, dan entitlements“. Semua perkhidmatan ini akan bermula dengan masa-masa yang telah ditentukan seperti di bawah;

  • PC/Mac Overlay API (coming Q3 2019): Menyediakan user interface untuk login, friends dan features lain dalam cara game-agnostic dan engine-agnostic.
  • Cross-Platform Voice Comms (coming Q3 2019 to all platforms): Epic tengah membina perkhidmatan in-game voice communications yang akan support ke semua platform, stores, dan semua enjin, yang boleh didapati secara PERCUMA. (Untuk developer yang nak voice solution dengan cepat, boleh check di Discord, Vivox, TeamSpeak, Ventrilo, dan Mumble.)
  • Cross-Platform Parties and Matchmaking (coming Q3-4 2019 to all platforms)
  • Cross-Platform Data Storage, Cloud-Saved Games (coming Q2 2019)
  • Cross-Platform Achievements and Trophies (coming Q3 2019)

Perkhidmatan ini mungkin akan dimasukkan dalam Epic Games Stores yang baru dilancarkan. Store yang mungkin akan menjadi pesaing besar kepada Steam bermula daripada sekarang. Epic juga mengatakan ada lebih banyak lagi rancangan dan maklumat untuk membuat perkhidmatan ini kepada developer dan akan diumumkan dalam beberapa bulan lagi. Stay tuned!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.





Leave a Comment

Scroll to Top