Epic Games mengumumkan Fornite Creative secara rasmi akan keluar pada minggu depan!



Selepas pendedahan awal video yang ditayangkan di Youtube, Epic Games secara rasminya mengumumkan Mod Fornite Creative. Mod Creative ini dilancarkan dalam Fornite seperti Save The World dan Battle Royale. Dilancarkan bersama Fornite Season 7 pada 6 Disember semalam.

Dalam mod ini, pemain akan mempunyai pulau sendiri dan mengubahnya serta membina pelbagai bangunan dengan tools yang disediakan dalam mod. Lagi best, pemain boleh bermain bersama rakan sendiri dan boleh keep pulau yang telah diubah mengikut kehendak.

Untuk masa sekarang, mod ini hanya boleh diakses oleh pemain yang mempunyai battle pass season 7 dan untuk pemain yang tiada pass akan dibuka pada 13 Disember 2018. Take noted ya!

Menurut Epic, mereka akan menambah banyak lagi ciri baru dan penambahbaikan dalam beberapa update yang akan datang seperti Battle Royale dan Save The World yang akan dijadikan lebih besar dan lebih baik dari masa ke masa. Mod ini juga adalah mod utama dalam Fornite.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




Leave a Comment

Scroll to Top