AAA Games

Exclusives Masih Target Epic Games



Exclusives Masih Target Epic Games

racun-tech-epic-games-store-logo

Nampaknya gais, Epic Games akan masih sign for exclusives games untuk masuk kepada store diorang. Ni adalah keputusan yang dibuat oleh CEO Epic Games, Tim Sweeney yang dibuat selepas habis persidangan di GDC. GDC tu adalah Games Developers Conference yang dibuat setiap tahun untuk menunjukkan game latest dan info baru.

racun-tech-epic-games-booth

Kes Exclusive Metro Exodus

Tapi yang peliknya haritu baru sahaja ada kes yang melibatkan Epic Games dengan game terbaru 4A Games iaitu Metro Exodus. Game Metro Exodus ni patutnya akan dijual di Steam punya store tapi pada last minute telah ditarik oleh Epic Games ke Epic Games Store. So benda ni memang jadi isu lah dan ramai orang marah.

Kenapa orang ramai marah dan tak suka kepada Epic Games? Salah satu sebabnya (E-jam cakap jangan marah ni fakta hahaha) adalah game Fortnite tu satu, satu lagi sebab launcher Epic Games Store ni tak boleh main offline, dan Epic Store Games akan mengambil data players daripada player-player Steam. So ni dikira sebagai memecah privasi orang ramai lah dan memang lah dijadikan salah satu sebab kenapa Epic Games tak disukai ramai. Ada lagi satu, iaitu Epic Games Store ni security dia tak stabil so yeap.

racun-tech-tim-sweeney

Pasal Epic Games akan masih sign exclusives ni adalah diorang akan mengikut keputusan publishers dan developers tu sendiri bukan Epic Games yang akan memaksa. Sebab apa banyak publishers dan developers pilih Epic Games Store ni adalah sebab diorang menawarkan offer yang sangat lumayan dan diorang tak cut banyak sangat profit daripada publishers dan developers game tersebut yang di mana Steam cut profit yang jumlah agak besar jugak.

racun-tech-epic-games-store-steam

So gais? Apa pendapat korang pasal ni? Korang pun tau ke tak yang Borderlands 3 akan jadi Epic exclusives mulai September 2019 sehingga April 2020. Apa-apa pun jangan bergaduh okay gais? Yang penting korang have fun bila main game tu tau hehe. So, keep it cool and ciao gais~


Sumber: PCGamer

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST