Racuntech Penang is currently close due to renovation until 1st September 2021. Dismiss
facebook

Facebook F8: Announcement Update Besar-Besaran!

racun-tech-F8

Mark Zuckerberg Buat 5 Pengumuman Besar Tentang Perubahan Yang Akan Dilakukan!

racun-tech-f8-dark-mode

Seperti yang korang tau, atau tak tau, baru-baru ni Facebook ada buat satu developer conference iaitu Facebook F8. Biasanya dah ada developer conference ni, semestinya akan ada banyak perubahan pada satu system kan? Kali ni Facebook buat developer conference dan pada Facebook (dan jugak anak-anaknya contohnya Instagram, Whatsapp dan sebagainya). So dalam Facebook F8 tu, Mark Zuckerberg dan beberapa pekerjanya mengumumkan beberapa perubahan dan tambahan baru yang ada nanti.

Antaranya adalah UI ataupun user interface Facebook akan ada perubahan. Seperti platform social media lain seperti Twitter dan Youtube (dan jugak lain-lain), Facebook bakal ada light dan dark mode. So korang oleh tukar background Facebook korang kepada hitam lepas ni supaya tak sakit mata. Tak lupa jugak yang light mode tu bukan sekadar tu je, seperti Instagram, dulu Instagram asal berwarna biru sikit-sikit kan? Tapi sekarang dah tukar jadi putih dan Facebook pun akan jadi putih so ada macam feel classic sikit. 

Update Lain Dalam Announcement Facebook F8

So ni update yang best jugak dan kira cun gilerps. Kebiasaanya korang ada kawan di Facebook, korang ada kawan di Whatsapp, atau di Instagram dan nak tukar-tukar apps untuk message diorang sangat melecehkan. So, dengan itu diorang buat satu system di mana korang boleh message kawan korang yang ada dia antara 3 platform tu! Maksudnya korang boleh direct message kawan korang di Instagram melalui Whatsapp, atau Facebook melalui Instagram. Nice kan?

Seterusnya adalah Facebook akan lebih mengutamakan kepada group tab. Group tab ni akan muncul sebagai reccomendation berdasarkan like dan dislike korang. Selain tu, akan ada sedikit penambahan dalam event tab korang. Dalam event tab tu nanti, diorang akan notify korang atau korang boleh explore sendiri event yang terdekat dengan korang. So korang tak perlu susah payah tanya kawan ada aktiviti apa bila Facebook boleh notify korang terus.

racun-tech-facebook-whataspp-instagram

Instagram Create Mode

Bukan Facebook je ada update, tapi Instagram pun ada. Untuk Instagram, korang kini boleh beli terus barang melalui Instagram dengan tekan pada gambar barang tu. Kemudian korang boleh checkout terus barang tu dan bayar secara online di Instagram. Lepas tu, dalam Instagram jugak akan ada mode baru iaitu Create Mode untuk story. Untuk penggemar suka buat story memang akan suka feature ni lah.

So Create mode ni membolehkan korang buat story tanpa letak gambar. Biasa kan korang buat story nak ask questions dan sebagainya tu kan? Tapi kalau nak buat story macam tu kena letak gambar dulu betul? Kali ni korang tak payah buat macam tu dan terus letak sticker korang nak dan buat story korang sepuas hati korang. Haa lagi satu, Instagram akan buat satu feature di mana membolehkan hide likes dalam satu gambar. So, di mana korang post tanpa risau dapat berapa like yang korang dapat.

racun-tech-instagram-create-mode

Boleh Buat Payment Melalui Whatsapp

Ha, Whatsapp pun tak ketinggalan dalam update besar-besaran ni. Untuk Whatsapp pulak, tak banyak pun dia tambah cuma ada satu je dia tambah. Penambahan tu adalah system Payment. So korang biasa buat bisnes pakai Whatsapp kan? “Whatsapp lah kami untuk berurusan” atau “Whatsapp kami untuk pembayaran seterusnya” kan? Lepas dah dapat deal mesti suruh bayar melalui bank payment betul? 

So lepas ni, diorang dah add feature payment dalam Whatsapp. Korang tak payah susah payah nak alih kepada apps lain untuk proceed kepada payment ataupun kalau takda apps tu kena pergi bank. Dengan payment ni korang hanya perlu tekan payment dan boleh bayar terus melalui penggunaan Whatsapp. Simple kan caranya? 

racun-tech-whatsapp-payment

Facebook Portal Dan… Secret Crush?!

Kembali kepada Facebook, diorang ada satu feature yang dipanggil Facebook Portal. So Facebook Portal ni adalah feature di mana korang boleh video call Facebook melalui Whatsapp dan vice versa. Diorang jugak akan masukkan end-to-end crypted messages so message korang akan jadi private lah. Feature Portal ni tak available di sini lagi tapi available kat Canada dan benua Europe nanti but cool kot hahaha.

Okay ni feature yang best untuk kita para single hahaha. Facebook dah keluarkan feature terbaru dalam Dating iaitu Secret Crush. So katakan lah korang ada crush, and korang buat satu list secret crush tu and ada nama diorang. Kebetulan crush korang buat jugak secret crush list tu dan ada nama korang. Automatically Facebook akan notify korang yang korang berdua adalah match! Wahh senang lah nak dapat pasangan nanti hahah. 

racun-tech-facebook-portal

Oculus Rift S, Oculus Quest Boleh Pre-Order Sekarang

racun-tech-facebook-oculus-rift

So last, Facebook announce pasal Oculus Rift baru yang diorang bakal keluarkan kejap lagi. Oculus Rift S dan Oculus Quest. So Oculus Rift S sama je macam sebelum ni, akan tether kepada computer korang cuma ada handheld device yang lagi tepat. Manakala Oculus Quest pulak adalah stand alone device yang akan datang dengan game terbaru VR Star Wars. Game tu not bad jugak lah. Oculus Quest jugak ada sensor jugak dalam devicenya yang akan scan luar persekitaran korang. 

Kedua-dua Oculus Rift S dan Oculus Quest ni dah boleh per-order sekarang dengan harga RM1650. So gais, korang rasa best tak dengan update terbaru daripada developer conference F8 ni? Apa yang korang tak suka atau suka ataupun rasa-rasa macam patut tambah dalam update ni? Keep it classy, chill dudes dan ciao~ 

Sumber: The Verge, Digital Trends

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

SHOPPING BAG 0

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.