Haa apa? Game baru? Yes memang ada game baru yang dikatakan tengah dalam development sekarang ni oleh Embark Studios. Gamenya dikatakan adalah futuristic co-op game. Idea untuk buat game ni adalah idea asal daripada Patrick Sodurland tau. Siapa dia korang tanya?
Dia lah bekas boss kepada EA dan Dice yang buat famous dengan game Battlefield series dan Star Wars Battlefront. Selepas keluar daripada EA dan Dice, Patrick telah menjadi co-founder satu studio gaming iaitu Embark Studios dan tidak disangka selepas beberapa planning dibuat, gamenya sudah dalam development!
Di atas merupakan concept awal lah untuk game baru ni. Kata Patrick sendiri “Dalam masa yang singkat daripada yang saya jangka, tak sangka yang team di sini dapat melaksanakan game ni dengan cepat mengikut idea untuk game pertama kami. Idea yang kami excited sangat untuk buat telah dijadikan prototype dan dalam development sekarang. Untuk game ni, apa yang saya boleh bagitau ialah game ni adalah di set pada masa depan akan datang yang agak susah untuk hidup tapi melalui kerjasama, korang boleh mengatasi banyak masalah bersama.”
Wow, baru je planning kejap tapi dah start eh development? Nice diorang ni and dikatakan diorang pakai Unreal Engine and graphic pon looks nice so kita mungkin boleh jangka yang game ni boleh jadi game futuristic yang meletup mungkin? Apa-apa pun stay tuned untuk apa-apa news yang syok daripada E-jam dan geng-geng okayyy.
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.