*Game PC* Download To-Gather Island sekarang!!



Hi Korang! Hari ini sis ada berita best nak bagitau korang, Studio Kamii dah release pre-alpha demo untuk game To-Gather Island. Korang tahu tak ni game apa? Ha ni sis nak cerita ni.

To-Gather Island adalah game pengembaraan survival action baru dari Studio Kamii. Di To-Gather Island, korang akan pegang watak seorang penyelidik dan ahli sains, dipisahkan dari team korang dan mempunyai environment yang cantik, mysterious, tapi berbahaya.

Korang akan survive dengan mengumpul resources, crafting, building and cultivating semasa menentang musuh-musuh dalam game yang berkonsepkan sains fantasi ni.

Di samping itu, Studio Kamii memberitahu bahawa dengan game ini, mereka dapat lebih transparent kepada komuniti, update game dengan teratur dan ambil feedback dari pemain. Mereka juga memberitahu untuk versi Early Access akan dikeluarkan pada tahun hadapan, tapi sekarang mereka hanya release pra-alpha game dulu untuk orang ramai.

Plan Studio Kamii ni sebenarnya nak mulakan game ini dengan skop kecil dan ia akan berkembang. Biar pemain merasai pengalaman yang menyeronokkan dan melihat potensi dan apa yang dapat menjadi masa depannya. 

By the way, versi yang sedia ada ni hanya untuk pra-alpha demo je tau, bukan full game punya. Kalau nak full game, tahun depan baru release. So, kalau korang nak tengok-tengok dulu macam mana rupa game ni, sis dah sediakan link dibawah untuk download.

https://studiokamii.itch.io/togather-island

*Jom guys support game dari local pulak.. Baru la up! hihi

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Leave a Comment

Scroll to Top