Game Siri Final Fantasy Yang Akan Datang ke Nintendo Switch

Wah! Ini merupakan satu berita yang menarik bagi aku. Beberapa Title game Final Fantasy akan ke Nintendo Switch pada tahun 2019 nanti. Ini boleh menguatkan lagi sebab abam untuk membeli Nintendo Switch. Final Fantasy XII: The Zodiac Age pertama sekali yang akan di lancarkan di Nintendo Switch dan diikuti dengan Final Fantasy 7, 9, 10 dan ianya merupakan HD remasters. Fuh, sekali dia nak keluar tu. Kemain banyak lagi kan.

Antara yang baru dari Core Series, Final Fantasy XV Pocket Edition dikatakan akan ada di Nintendo eShop sejurus selepas persembahan Nintendo Direct. Antara game Final Fantasy yang akan ke Nintendo Switch adalah:

World of Final Fantasy Maxima : November 6

Chocobo’s Mystery Dungeon Everybuddy : Salji 2018/19

Final Fantasy XII: The Zodiac Age : 2019

Final Fantasy 7, 9, and 10 : 2019



Jadi, ini lah antara siri Final Fantasy yang akan di bawa masuk ke dalam Nintendo Switch. Menarik kan? Ini merupakan satu langkah yang bagus untuk Square Enix! Lebih highlight dan coverage untuk siri terkenal mereka, Final Fantasy, dan abam sangat yakin, ini akan membuatkan ramai lagi gamers untuk membeli Nintendo Switch selepas ini. Haa, pandangan korang pulak?

Leave a Comment

Scroll to Top