Gaming Hampir Pupus Pada 1983



Peristiwa Video Game Crash of 1983 (ataupun di gelar sebagai Atasi Shock di Japan) merupakan pemelesetan besar-besaran dalam industri video game yang terjadi sekitar 1983 hingga 1985. Pada tahun sebelumnya, syarikat Atari, antara syarikat game terawal, mendapat kejayaan yang besar atas konsol mereka iaitu Atari 2600. Game Space Invader berjaya menarik pelanggan ramai untuk beli konsol sehingga mendapat sale sebanyak empat kali ganda. Game tu juga antara game terawal berjaya mendapat jualan sebanyak sejuta.

Daripada kejayaan tersebut, syarikat elektronik lain mula mencipta konsol mereka tersendiri. Antaranya, Coleco Industries mengeluarkan konsol ColecoVision, Mattel menghasilkan Intellivision, Phillips bergabung dengan Magnavox untuk membuat Odyssey-2 dan Atari mengeluarkan konsol baru mereka, Atari 5200.

Dalam masa satu tahun, dah ada lebih kurang keluaran 5 konsol baru. Walaupun demand untuk video game adalah banyak, mereka telah produce lebih banyak daripada yang diminta. Dianggarkan demand pada tahun 1982 naik sebanyak 100%, tetapi kilang konsol mengeluarkan sebanyak 175%. Mereka juga mula menghasilkan game-game ciplak antara satu sama lain membuatkan hampir semua konsol mempunyai jenis game yang sama. Disebabkan itu, kebanyakan kedai jualan game mempunyai lebihan yang terlalu banyak sehingga tidak mencukup ruang.

Tambahan pula, game konsol perlu bertanding dengan home computers yang semakin mainstream pada waktu itu. Dengan performance lebih tinggi dan kegunaan yang lebih praktikal. Membeli komputer adalah lebih berbaloi bagi suatu keluarga yang ingin belikan kepada anak-anak mereka berbanding beli Atari 5200 atau ColecoVision. At least, ibubapa mereka juga boleh gunakan komputer untuk perkara selain daripada main game seperti menyelesaikan cukai mereka.

Pada 1982, perang harga bermula antara Commodore dan Texas Instruments. Komputer pun pada masa itu semakin murah sehingga hampir setanding dengan harga game konsol. Commodore mula turunkan harga konsol konsol Commodore 64 mereka kepada $300. Namun pada Jun 1983, beberapa kedai menjualnya sehingga serendah $199.

Daripada situ, momentumnya berterusan. Harga konsol turun dan turun dan turun dan turun… sampailah mereka mula merendahkan production. Disember 1982, JC Penney, antara rangkaian kedai yang menjual game konsol, mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menjualnya disebabkan penurunan harga dan penurunan supply. Harapan untuk industri game adalah pudar. Perkataan ‘gaming’ mula sinonim dengan game komputer. Kebanyakan kedai retail mula mengelakkan daripada menjual barangan yang berkaitan dengan game.

Kebangkitan Semula

Namun dalam waktu kegelapan sekalipun, terdapat satu nama yang telah berjaya menyelamatkan industri ini. Ditafsirkan maksud kepada ‘Leave Luck to Heaven’, Nintendo mengeluarkan karya agung mereka. Pada 1985, Nintendo Entertainment System dijual di retail store terpilih. Perbezaannya ialah mereka menkategotikan konsol ini di bawah ‘permainan kanak-kanak’ berbanding konsol seperti Atari do kira sebagai barangan komputer dan elektronik.

NES telah menghidupkan semula pasaran game. Sebelum ini, syarikat game memasarkan ‘gaming’ sebagai barangan niche kepada para pakar elektronik. Dengan mengubah target audience kepada kanak-kanak dan keluarga, mereka berjaya menjualnya sehinggakan hampir 30% keluarga di seluruh dunia memilikinya.

Game yang dikeluarkan untuk NES perlu melepasi ujian kualiti Nintendo yang sangat ketat. Walaupun tidak banyak game yang keluarkan berbanding konsol yang sudah ada waktu itu, mereka mementingkan hasil yang mereka jual itu adalah yang terbaik. Quality over quantity. Mana-mana game yang lepasi ujian tersebut akan mendapat ‘Nintendo Seal of Approval’. Perkara ini juga diterapkan supaya perkara yang sama terjadi Atari tidak akan berlaku kepada mereka.

Nintendo sekarang merupakan satu daripada 3 video game console producer yang paling popular seluruh dunia. Mereka mempunyai komuniti diorang yang tersendiri tanpa perlu bersaing dengan syarikat seperti Sony, Microsoft dan juga Steam. Mereka mempunyai Intellectual Property yang terkenal hanya terdapat pada konsol Nintendo seperti Mario, Starfox, Zelda, Metroid dan Pokemon. Mereka layak digelar sebagai ‘The Father of All Games’ atas kehebatan mereka untuk sentiasa memberi inovasi yang baru dalam video game serta menyelamatkan industri ini daripada menjadi pupus.



Leave a Comment

Scroll to Top