GeForce RTX 2070 Max-Q GPU untuk laptop lebih berkuasa daripada desktop GTX 1080



GeForce RTX 2070 Max-Q adalah kad grafik yang dibuat untuk laptop dan nampaknya ia menawarkan kuasa yang setanding dengan GeForce GTX 1080 atau Radeon RX GPU desktop 64 Vega. Benchmarks Nvidia GeForce RTX 2070 Max-Q telah didesahkan. Sis dapati sumber ni dekat twitter rasmi APISAK, yang mana performance ini ditunjukkan dalam Final Fantasy XV benchmark database.

Apa yang korang boleh nampak dalam benchmark tu, GeForce RTX 2070 Max-Q mempunyai score 3080 points,  Radeon RX Vega 64 pula score 2895 points dan paling sikit untuk desktop GeForce GTX 1080. So, kalau korang beli laptop dengan RTX 2070 Maz-Q di dalamnya, korang akan rasa yang laptop korang berfungsi dengan cepat berbanding pakai GTX 1080 desktop. Boleh nampakla kat situ bezanya.

Kiranya Max-Q ni direka untuk gaming laptop dan ini membuatkan Nvidia mengoptimumkan penyelesaian untuk menjadi lebih powerful untuk menyesuaikan laptop ultrathin. So kalau mobile RTX 2070 setanding desktop GTX 1080, tak mustahil 2080 Max-Q boleh atasi GTX 1080 Ti juga. By the way, Nvidia akan release gaming laptop berkuasa GeForce RTX pada bulan Januari di CES 2019.


P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.





Leave a Comment

Scroll to Top