Nvidia
Posted in

Graphic Card Terbaik Untuk Anda

Posted in



Kalau korang ingin beli PC custom tapi taknak pening-pening, datang je Racun Tech. Aku guarantee kami ada PC yang sesuai untuk anda. Namun sesetengah tahu setakat beli pastu guna je. Tak dapat pun peluang nak berkenalan dengan PC baru mereka. Lagi-lagi bila beli PC, mesti asyik sembang pasal ‘gerafiks kart’. Ape bendenya tu? So untuk hari ini, kami akan bantu anda untuk mengeratkan silaturrahim anda dengan graphics card anda.

Kenali Fungsi

Sebuah PC terbahagi kepada beberapa komponen asas. Ada badannya yang bernama ‘motherboard’. Papan tu akan dicucuk dengan komponen lain pulak. Ada ‘CPU’, senang kata otak PC tu la. Nak buat kerja kene pakai otak, so takde bende tu mati la PC korang. Kemudian ada storage. Semua data korang akan tersimpan dalam ‘Drive’. Ada pulak RAM, ‘Random Access Memory’. Akhir sekali adalah bekalan elektrik iaitu Power Supply. Ada semua tu dah dikira satu PC lengkap.

So macam mana pulak Graphics Card? Takde pun takpe ke? Sejujurnya, graphics card ni adalah chip yang sama seperti CPU tadi. Namun, kerja CPU adalah banyak. Transfer data, baca command daripada coding, buat kiraan dan banyak lagi. Senang cerita, ia membolehkan PC itu berfungsi. Seperti analogi tadi, macam otak. Of course, kerja CPU sangat lah berat. Oleh itu, Graphics Card tercipta untuk meringankan bebannya. Seperti namanya, Graphics Card mengambil tugas sebagai cip yang mengawal apa-apa yang berkat dengan grafik.

Apa yang keluar kat skrin, itu la kerja Graphics Card. Tak kisah la tunjuk ayat kat Microsoft Word, memaparkan movie 4K ataupun buat model 3D untuk movie tersebut. Tu semua kerja dia. Pernah tak tengok video kat Youtube dengan quality high giler atau main game setting maksimum? Mesti lah kan? Maksudnya, Graphics Card anda tengah cuba sebanyak yang mungkin untuk memaparkan apa yang kat skrin tu. Kalau tak mampu, ia akan paparkan bendanya secara satu-satu sebab tidak mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk displaykannya.

Bentuk dan Saiz

Sebelum kita cerita pasal jenis-jenis model, kena tahu pasal saiz. Ini kerana satu model mungkin mempunyai saiz yang berlainan. Saiz ini biasanya kerana kipasnya. Ada yang dua kipas. Ada juga sampai tiga. Paling kecil pula biasanya dinamakan mini dengan satu kipas. Saiz ini penting kerana bukan semua casing PC boleh muat semua. Lepastu pulak kalau nak yang besar-besar berat pun akan bertambah la. So apa gunanya beli Graphics Card saiz enjin kereta? Of course la lagi high performance nya.

Brand dan Model

Buat masa ini hanya ada dua je brand Graphics Card, AMD dan Nvidia. Mana yang lebih bagus? Well, dua-dua ada kelebihan dan keburukannya. Untuk AMD, mereka terkenal dengan harga murahnya tetapi bunyi kipasnya agak kuat. Nvidia pulak harga mahal tetapi biasa senyap sikit. Lagi-lagi model GTX dan RTX mereka yang memang dah kalibrate untuk kerja-kerja berat seperti real- time 3D rendering ada pada game.

Harga atau Performance

Kebiasaannya kalau nak beli apa-apa pun, akhirnya faktor duit adalah terpenting. Untuk mereka yang mempunyai bajet yang agak ketat, model daripada GTX dah mencukup untuk gaming dan video editing. Sekarang paling rendah adalah model GTX 1060. Line GTX berterusan sehingga model 1660, iaitu yang paling latest dan mahal. Untuk mereka yang lebih ekstrem seperti video rendering atau 3D modeling, line RTX adalah untuk anda. Dengan kebolehan Ray-Tracing secara real time, ia adalah Graphics Card yang paling power untuk pasaran kasual sekarang.

Perlukan maklumat lebih lanjut? Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST