Headphones Sesuai Untuk Anda!



Ramai beli headphones tapi mengetahui perinciannya. Untuk pengetahuan anda, headphones boleh terbahagi kepada 3 jenis: Consumer, Studio dan Gaming headphones. Setiap jenis ini ada niche dan tujuannya tersendiri. Harini aku nak share kepada korang yang mana bagus untuk anda supaya anda mendapat full experience.

Consumer Headphones

Headphones telah dipopularkan oleh brand seperti Beats, Sony dan Bose. Fokus utama mereka adalah seperti mana orang lain beli aksesori atau pakaian. Reka bentuk headphones tersebut kebiasaannya slick, dan moden. Tidak terlalu kompleks dan selalunya wireless. Senang dibawa di tempat awam. Ia adalah fashion untuk peminat musik.

Performancenya pula tidak teruk mana. Kebanyakkan music producer fokus supaya lagu mereka sedap didengar menggunakan consumer headphones. Mereka tahu demografik terbesar mereka adalah antara kalangan pendengar kasual.

Feature-featurenya juga adalah antara sebab orang beli consumer headphones. Wireless, boleh connect dengan pelbagai device serentak, boleh guna untuk angkat call, noice-cancelling, tu semua memberi kemudahan dan juga mempunyai kegunaan praktikal kepada average consumer.

Namun berbanding jenis headphones yang lain, sound quality consumer headphones adalah yang terendah. Seperti yang dikatakan tadi, fokus mereka adalah supaya orang kelihatan stylish semasa menggunakannya. Design-first, performance dan quality later.

Gaming Headphones

Nak katakannya headphone untuk ‘gaming’ sahaja bukan benar. Yang bezakannya adalah ia biasa termasuk dengan build-in microphones. Ramai pakar gaming kata kalau nak yang bagus better beli headphones dan microphone berasingan. Untuk streamer, itu tips yang bagus. Tapi bukan semua orang main game stream. Biasanya kalau boleh chat ngan kawan pun dah cukup. So takde masalah pun kalau mic build-on atau tak. Asalkan ia menepati matlamat.

Sound qualitynya pulak sangat better berbanding consumer grade. Untuk harganya yang murah, ia adalah deal terbaik untuk anda beli. Of course ia lagi sesuai untuk gaming. Virtual surround sound memberi experience sepenuhnya bagi seseorang untuk mendalami dunia dalam game. Semua bunyi akan depend on arah mana player akan pandang semasa bermain. Ini membolehkan player untuk tahu kalau ada bunyi tapak kaki musuh. Senang nak cam arah mana diorang datang.

Designnya selalu akan “one-fits-all.” Maksudnya, kepala kecik ke, besar ke, boleh customize untuk lebih muat pada kepala. Seperti slider di bahagian telinga. Cable juga digunakan supaya connection daripada sumber ke headphones tidak terganggu berbanding menggunakan wireless. Tapi ada juga jenis wireless yang sedang naik qualitynya.

Studio Headphones

Untuk yang terbaik perlu gunakan Studio Headphones. Ianya, seperti dalam namanya, untuk para composer dan sound designer di luar sana. Tujuan sepenuhnya adalah supaya semua bunyi dapat ditangkap oleh headphones tersebut. Ini bukan maksudnya bunyi seperti setiap helai daun bolhe dengar jatuh dari pokok. Ini untuk dengar segala kecacatan semasa sound mixing supaya boleh diperbaiki.

Disebabkan batasan teknologi, semua bunyi tidak dapat dihasilkan oleh headphones secara tepat. Namun, tuning Studio Headphones adalah ditetapkan supaya ia paling dekat dengan source. So untuk yang paling accurate, ini lah dia.

Plus, ia sangat durable. Ia memand direka supaya kalau nak gi rakam bunyi dalam hutan pun masih elok. Cablenya kalau dipijak pun takde hal lah. Ini memang untuk diorang yang memang perlu satu sahaja headphone dalam hidup diorang.

Sudah tahu headphones untuk anda? Kami di Racun Tech ada sediakan untuk mereka yang inginkan Gaming Hedaphones. So sesapa berminat, call team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top