Gaming

#RacunTips Idea Setup Gaming Room Korang



Idea Setup Gaming Room Korang

racun-tech-gaming-room

So, gais kali ni E-jam nak berkongsi sikit pengetahuan E-jam tentang setup gaming room korang sendiri. Okay so first thing first, pastikan korang tu gamer lah, kalau korang ni ulat buku tapi ada pc gaming tak guna jugak hahaha (jk sahaja caa).

Okay so gais, kat dunia ni, E-jam cakap memang banyak lah idea korang boleh pakai untuk buat gaming room korang sendiri. So E-jam akan beri korang idea untuk korang brain sendiri cara nak buat setup gaming room yang terbaik untuk korang. Ingat tau, ni hanyalah sekadar pemberian idea so korang brain lah sendiri okayy.

racun-tech-gaming-room

Besar Mengikut Kesesuaian

Yang pertama, korang kena make sure bilik korang tu besar dia mengikut kesesuaian korang. Kalau korang ada bilik besar, make sure takda tempat yang kiranya terlalu kosong sebab nanti tak nampak menarik tapi jangan banyak sangat barang tu dah kira bersepah tu. Kalau bilik korang kecik takpe, make sure bilik korang padat dan kemas so tak sakit mata isteri/mak/adik beradik korang tengok.

racun-tech-gaming-room

Noise Cancellation

Yang kedua, korang kena beli noise cancellation sound proof tu. Kalau korang streamer atau Youtuber haa ni memang penting lah. Bila korang record, untuk cancel noise yang mengganggu korang punya audio korang memang kena beli ni. Lagi-lagi kalau bilik korang besar so lagi banyak echo. Benda tu untuk membantu je selain daripada susah payah nak edit hehe.

Wifi Router Padu Dan Stable

Seterusnya korang kena make sure wifi router korang adalah router yang padu dan stable. Sebagai gamer, main game yang online memang kena ada internet yang padu. Tapi kalau internet korang laju mana pun tapi kalau router korang tak membantu sangat, susah jugak gais betul tak?

racun-tech-gaming-room

Cable Management

Okay, korang merupakan seorang pengguna pc gaming kan? Mesti serabut tengok wayar dah macam apa je berkumpul kat belakang tu? Jangan risau, wayar tu korang boleh je kemaskan. Korang kena make sure korang buat cable management bukan kat pc tu sahaja tapi kat bilik korang so takdalah serabut sangat tengok kan? Letak bawah carpet ke, gantung sana sini ke kan kemas hehe.

Bukan tu jer, E-jam suggest jugak korang menggunakan kerusi gaming. Kenapa? Bukannya nak show off ke apa, tapi ada kegunaan dia tau. Kerusi gaming ni bagus untuk buatkan korang selesa untuk main game dan boleh baring lagi. Nama kerusi yang boleh baring ni reclining chair so kalau korang rasa-rasa penat main game tu koran baring lah kejap apadehal hahaha betul tak?

racun-tech-gaming-room

Kalau korang seorang yang memakai monitor besar, E-jam suggest korang buat gaming tv stand. Bukan apa, sebab kalau gaming tv korang tu besar sangat and takda jarak antara korang nanti sakit mata baru tau haa. Ataupun gaming tv korang kecik, buat gaming tv stand kat dinding tu membolehkan korang tengok dengan clear. Kalau takda pun takpe sebab ni suggestion je hehe.

Design Gaming Room

So, kita masuk pulak design untuk gaming room korang. So kalau kita akan main game, terperap je dalam bilik tu, E-jam suggest korang perlukan lighting yang menarik. Takkan nak setup PC je menarik kan? Bilik pun mesti ada RGB tapi jangan melampau sangat lah sampai jadi disco nanti pening hahaha.

Kalau korang takda bilik yang khas untuk buat gaming room korang, jangan risau! Kat ruang tamu pun boleh jer sebenarnya. Kat ruang tamu tu korang setup lah betul-betul spec gaming korang so korang boleh menggunakan ruang tamu korang tu untuk gaming dan tengok tv tanpa mengganggu antara dua aktiviti tu.

racun-tech-gaming-room

Kalau korang ada pulak bilik khas untuk gaming haa ni bagus sebab korang tak perlu risau nak kacau orang lain dalam rumah betul tak? So senang cerita, design bilik korang tu mengikut idea korang je. Suggestion E-jam adalah korang buat bilik yang ada natural lighting contohnya ada tingkap yang ada cahaya daripada luar. Bilik tidur korang pun boleh jadi bilik gaming korang, sambil main boleh sambil tertido kan boschku? Kalau-kalau lah korang rasa nak tambah lighting yang menarik, silakan lah takda siapa yang nak menghalang korang hehe.

racun-tech-gaming-room

Bab-bab design bilik ada banyak, yang ada tema, classic, simple, awesome setup, dan banyak lagi lah. So itu saja lah yang mampu E-jam sharekan pada kali ni, E-jam harap yang daripada perkongsian ni korang boleh lah brain (fikir) idea atau design yang naise untuk gaming room korang okayy. Goodluck gais so, keep it cool and ciao~


Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST