Gaming
immerse-app-daripada-logitech-g-yang-akan-improve-audio

…Kena Ambil Gambar Telinga Dulu

immerse-app-logitech-g

Logitech G akan launch satu app baru yang membolehkan pengguna customize gaming audio untuk mendapatkan kedalaman suara yang lebih bagus. Dikatakan app ini menjelaskan lagi suara seperti peperangan besar, footsteps yang berdekatan, bunyi perlumbaan di atas litar dan sebagainya.

App itu dikenali sebagai Immerse. Immerse ini dibuat oleh Embody, sebuah syarikat spatial audio. Logitech G dan Embody telah membuat satu partnership untuk menghasilkan app Immerse ini. Embody berkata dalam website mereka yang app ini dibuat untuk membolehkan gamers “dengar suara sama seperti dalam dunia sebenar”. App Immerse ini juga membuatkan seolah suara dalam game itu jauh atau dekat (berdasarkan pada game).

Tapi apa yang uniknya tentang app ini adalah pada cara untuk menggunakannya. Sebagai permulaan, pengguna perlu sign up, lepas itu scan QR code dan seterusnya ambil gambar telinga kanan pengguna itu sendiri. Immerse menggunakan AI untuk cipta sound profile pada setiap pengguna berdasarkan gambar telinga yang diambil. Selepas gambar telinga diambil, AI app ini akan meramalkan macam mana telinga pengguna akan mendengar suara.

Immerse App Hanya Support Headsets Apa? Subscritions? 

immerse-app-daripada-logitech-g-yang-akan-improve-audio

App Immerse merupakan app jenis paid subscrition service, dengan subscritions yang bermula dengan 3$ (RM12.52) sebulan, tambah juga dengan free trial selama 2 minggu.

Jika korang tertanya app ini hanya support untuk headsets apa, app ini support banyak headsets Logitech G, termasuk Pro Series Gaming Headsets dan Pro Series

Selain daripada Logitech, Immerse juga boleh digunakan untuk headsets yang dibuat oleh Beyerdynamic. Kemungkinan besar app ini juga akan dapat support brand-brand lain supaya gamers yang menggunakan brand lain juga dapat merasai audio yang immersive dengan headsets pilihan mereka.

Keep it classy, stay safe, dan ciao gais~

See Also: The Witcher Menjadi Salah Satu Most Viewed Dalam Netflix Dan Mendapat Anime Film??, Rainbow Six Siege Dah Jadi Free?? Download Sekarang!, BenQ EX2780Q, Monitor All Rounder Terbaik?,#RacunReview-Illegear Raven, Reka Bentuk Laptop Yang Ekslusif dan Juga Menarik!!!!, Illegear Onyx Pro, Design Baru dan Perfomance Mengancam?!

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST