Isu SKMM Streamyx dan Rangkaian ADSL

Sebelum ini, sis melaporkan mengenai SKMM yang menyedari isu-isu yang dihadapi oleh pengguna jalur lebar Streamyx yang terlepas dari planning MSAP mengenai plan jalur lebar, korang boleh baca disini. Waktu itu, tidak banyak butiran yang dinyatakan tetapi kini, mereka telah memberikan lebih banyak respons untuk perkara itu.

Menurut kenyataan rasmi oleh SKMM, mereka telah mengadakan perbincangan bersama telco untuk menyelesaikan perkara ini beberapa hari lepas, dan ia termasuk perbincangan untuk pengguna Streamyx yang masih membayar dengan harga yang tinggi untuk pakej mereka. Dikatakan bahawa syarikat telco sangat komited kepada plan kerajaan untuk menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan harga yang berpatutan.

https://www.facebook.com/SuruhanjayaKomunikasiMultimediaMalaysia/photos/a.941181872574936/2442908239068951/?type=3&theater

Mereka juga jelaskan yang Maxis dan TM akan menaik taraf perkhidmatan ADSL mereka ke fibre optics secara berperingkat, manakala Celcom akan terus memperluaskan liputan mereka untuk perkhidmatan jalur lebar tetap pada tahun hadapan melalui beberapa kolaborasi dan gunakan teknologi alternatif lain.

Ini menunjukkan bahawa pengguna akan dapat menikmati harga jalur lebar yang lebih rendah dan kelajuan yang lebih tinggi dari biasa dengan harga yang sama. Buat masa ini, SKMM masih memantau keadaan untuk memastikan plan yang mereka buat ini berjalan lancar.



Selain itu, pengguna jalur lebar Streamyx/Unifi masih terpaksa membayar dengan harga yang tinggi. Harapnya ada perkembangan utama yang akan membantu mempercepatkan proses ini sebelum masuk tahun 2019.

*Pasti ada orang yang bengang je tapi inshAllah Malaysia sedang dalam proses untuk kehadapan dan harap ia tidak memakan masa yang begitu lama.

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

 


 



Leave a Comment

Scroll to Top