Nampaknya EA Star Wars dan Respawn Entertainment dah keluarkan reveal seminggu awal daripada jadual diorang. Dikatakan diorang nak buat reveal sempena Star Wars Celebration pada 14 April nanti. Tapi nampaknya dah ada satu teaser dikeluarkan daripada EA Star Wars sebagai post di Twitter.
Teaser dan Caption Jedi
“Don’t Stand Out” caption post tu kata. Well, bagi E-jam kena lah sebab game ni storynya pasal seorang Padawan Jedi yang selamat daripada Order 66 iaitu satu arahan yang menyuruh semua clone bunuh semua Jedi. Ayat tu maksudkan kepada protagonist supaya jangan menyerlah sangat sebab The Empire tengah cari lagi saki baki Jedi.
Don't stand out. #StarWarsJediFallenOrder pic.twitter.com/dQ8bg4bqyf
— EA Star Wars (@EAStarWars) April 9, 2019
Tapi ni hanyalah gambar sahaja dan tak banyak pun ditunjuk kecuali lightsaber yang agak rosak dan ada pentagram yang bercahaya sedikit di belakang lightsaber dengan lightsaber tu pun ada satu percikan daripada kerosakan lightsaber tu. Bukan tu je gais, reveal oleh EA Star Wars tu jugak akan dilakukan secara live stream di Twitch EA Star Wars, so kalau korang tak sabar nak tengok game ni macam mana, daripada tunggu sehari selepas reveal tu, korang tengok lah secara livestream okay?
Reveal tu akan bermula pada 14 April 2:30 a.m. So korang make sure tengok untuk dapatkan update tentang game ni okay? Harap-harap game ni best hehe.
Keep it cool and adios~
Sumber: comicbook/wwg, Polygon
Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-
Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)
Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)
RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam