Technology

Kenapa Monitor Korang “Glitch” Masa Main Game




Okay gais, so E-jam tertanya jugak kalau-kalau korang masa tengah main game kan, ada tak masa korang main tu, game tu macam glitch sekejap je atau macam terkoyak ke apa kan. Ada tak? Kalau ada, tu dipanggil sebagai Screen Tearing. Korang tau tak apa benda Screen Tearing ni sebenarnya? Screen Tearing ni adalah frame atau gambar yang dihantar ke monitor korang tu ada yang macam pecah atau terkoyak masa korang main game. Kiranya, gambar atau information yang dihantar ke monitor korang tak mampu nak setanding dengan kelajuan GPU korang, dia akan jadi tak selari sebab refresh rate monitor korang tak mampu nak proses laju-laju.

Ni sebab bila korang main game yang bergraphic tinggi, monitor korang tak boleh handle kemewahan graphic tinggi tu dan akan process jugak tapi tu lah, terjadi lah Screen Tearing. Monitor yang tak mampu memproses graphic tinggi yang dihantar oleh GPU yang akan menyebabkan Screen Tearing dan E-jam sebagai gamer memang akui lah benda ni tak best. Benda macam ni sebenarnya buat E-jam rasa tak best main game huhu. E-jam bagitau awal-awal gais, Screen Tearing ni akan berlaku bila-bila je, dan lagi-lagi ikut game yang korang main.

So macam mana nak mengurangkan benda ni? Ada beberapa cara yang korang boleh buat untuk mengurangkan Screen Tearing ni daripada terjadi dan salah satunya adalah turn on V-sync. V-sync (Vertical Synchronization) adalah satu proses di mana korang punya GPU dan Monitor akan proses maklumat yang dihantar pada yang sama (synchronize lah tu hahaha). Dia akan samakan GPU korang mengikut maximum refresh rate monitor korang. Kalau E-jam nak bagi contoh, V-sync ni kiranya ibarat korang dengan member korang tengah berlari, tapi member korang perlahan sangat, so korang pun slow down sikit ataupun member korang laju sangat so korang pun samakan laju bagi sama laju dengan dia haa gitu lah ibaratnya hahaha. Bila korang on V-sync, korang akan dapat mengurangkan Screen Tearing pada monitor korang nanti. Sebagai penambahan, Nvidia dan AMD ada jugak adapter yang menolong iaitu Adaptive Vsync.

Adaptive Vsync ni dengan bijaknya akan tolong korang dalam mengurangkan atau membuang Screen Tearing dan benda ni jugak akan on dengan sendirinya kalau rasa frame rate lagi tinggi daripada refresh rate korang dan tutup kalau sebaliknya. Tapi ada side effects dia lah, kalau korang turn on V-sync tu, perfomance akan lag. Asalkan GPU korang power, so bila on V-sync tu nanti korang takkan mengalami masalah macam fps jatuh lah. Tapi kalau GPU yang korang pakai tak kuat, V-sync ni akan memaksa GPU korang naik sampai ke 60 fps dan apa lagi, akan lag lah. Ibaratnya macam korang memaksa orang tua yang tak mampu lari tu lari selaju mungkin. Haa, tak ke kejam tu? So kalau korang nak on V-sync, make sure GPU korang mampu tampung kelajuan 60 fps tapi itu kalau GPU yang tak kuat lah, contohnya GTX series bawah 1050. Tapi E-jam tekankan lagi ye, Screen Tearing ni berlaku kat siapa-siapa pun, tak kisah lah power ke tak setup korang.

Selain tu, korang boleh jugak beli monitor yang support freesync atau G- sync. Ni sebab kalau korang yang beli monitor yang support G-Sync atau FreeSync, monitor ni akan tolong korang dalam membendung Screen Tearing tersebut. Kalau korang nak beli monitor, E-jam recommend monitor yang mempunyai refresh rate sehingga 60/75/120/144Hz atau lebih. Dengan refresh rate yang tinggi, korang tak perlu risau kalau ada Screen Tearing banyak yang akan berlaku. Ni kira paling effective punya solution lah sebab dengan refresh rate yang tinggi, korang tak perlu lah risau kalau GPU korang punya high end mana pun, monitor korang masih boleh pick up daripada GPU tu.

So, itu saja E-jam boleh kongsikan pengetahuan yang E-jam tau tentang Screen Tearing ni. Walapun Screen Tearing bagi korang samada tak kacau ke apa pun, bagi E-jam tak nice lah sebab kita perasan kan benda tu? Tapi asalkan boleh main betul tak gais huhu. So, kalau ada yang E-jam lupa nak mention dalam solution tadi, feel free untuk tambah dan berkongsi maklumat supaya semua boleh belajar okay gais. Hehe ciao~

P/s: Nak buat servis komputer atau beli komputer tapi tak tahu dekat mana? Call je terus  team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST