Amboi, mentang-mentang style terus masuk game lain eh? Itu lah cerita sekarang ni, kereta Regalia, kenderaan trademark daripada game popular Final Fantasy 15 akan dimasukkan ke dalam Forza Horizon 4. Bukan satu tapi dua-dua kereta iaitu Quartz Regalia dan Regalia Type-D yang akan masuk tau!
Regalia ni pada mulanya akan dimasukkan ke dalam Final Fantasy 14 sebagai crossover quest tapi kali ni akan dimasukkan jugak ke dalam Forza Horizon 4 sebagai kereta yang boleh dimiliki. Tapi of course, Regalia Type-F yang boleh terbang tu takkan masuk lah (kemon guys serious lah kereta atas darat nak lawan dengan yang boleh terbang? XD)
Kedua-dua Regalia ni boleh dimiliki selepas Series 6 update dan akan available bermula 21 Februari ni nanti melalui in-game note. Bukan Regalia je tau yang berasal daripada game lain. Ada jugak dimasukkan daripada game Halo iaitu Puma ataupun diorang panggil sebagai Warthog ATV.
So kalau korang teringin nak naik Quartz Regalia dan Regalia Type-E (Monster Truck yang dipakai dalam FF15 untuk off road map), korang kena lah tunggu sampai 21 Februari nanti okay? Ciao~
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.