AAA Games
racun-tech-khabar-angin-dragon-age-feature



Khabar Angin Dragon Age 4 Buat Orang Takut

racun-tech-khabar-angin-dragon-age-4

Takut khabar angin sebab apa? Haa kalau korang nak tau, sebab apa orang takut pasal khabar angin Dragon Age 4 ni adalah diorang takut yang game ni akan jadi macam game latest Bioware iaitu Anthem.

Sebenarnya gais, game Dragon Age 4 ni dah announced pada tahun 2017 tapi ditangguhkan sebab diorang kena siapkan Anthem dan Mass Effect Andromeda. Tapi cabaran yang Bioware hadapi sampai kedua-dua game Anthem dan Mass Effect Andromeda gagal tu lah yang membuatkan diorang tertangguh dalam membuat Dragon Age 4. Kalau korang belum baca pasal kenapa sampai game Anthem dan Mass Effect Andromeda boleh sampai gagal teruk macam tu sekali, korang boleh baca dekat sini.

racun-tech-khabar-angin-dragon-age

Apa yang ditakut sangat ni??

So, apa yang ditakut sangat oleh orang ramai adalah diorang takut yang Dragon Age 4 ni akan jadi sebijik macam Anthem. Katanya Bioware terpaksa buat balik¬† Dragon Age 4 daripada mula disebabkan Anthem jugak. Ada jugak khabar angin yang game Dragon Age 4 ni akan dijadikan GaaS (Games as a Service). GaaS ni maksudnya macam korang main game yang ada system “beli kalau korang nak advance level ni” atau “nak tau lebih lanjut? Bayar lah bla bla bla” haa gitu. Standard gaya EA lah hahaha (cekik darah).

Kesian pada Bioware jugak sebenarnya, sebab diorang kena buat 3 game pada satu tahun 2017 tu. Tapi end up kena focus pada Anthem dan Mass Effect Andromeda dan Dragon Age 4 pulak ditangguhkan. So, rasa-rasanya Dragon Age 4 ni akan jadi macam mana? Adakah akan gagal macam Anthem dan Mass Effect Andromeda? Atau success macam Dragon Age Inquisition tapi lambat? Tu kita akan tau nanti lah nampaknya gais.

Keep it cool and ciao gais~


Sumber: Kotaku, PCGamer

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST