Lagi Best Daripada PUBG Dan FORTNITE!!!




Kebanyakan gamer sekarang aku tengok beli PC nak main satu game je: PUBG. Bayangkan, beli spec tinggi-tinggi macam nak buat filem, sampai cecah RM 5K. Last-last main game free yang setaraf ngan phone je. Aku faham. Call Of Duty kene bayar, Fortnite pulak macam kanak-kanak punya je, DOTA 2 ramai smurfing. So nak main apa lagi? Well, ada berita baik untuk anda semua.

5 Februari yang lepas, ORIGIN (macam Steam tapi banyak game daripada EA) keluarkan game Battle Royale yang terbaru. Kalo korang tahu game Titanfall, then ni game datang daripada company yang sama. APEX LEGENDS merupakan FPS free-to-play yang terbaru. Walaupun takde robot besar cam dalam Titanfall tapi persamaan antara dua tu masih banyak.

Setiap player akan pilih daripada 8 jenis karektor yang berbeza special skills. Ada yang healer, ada yang jenis teleport, ada yang tank. Unik la bagi kita sebagai pemain. Takde la tembak orang muka sama. Setakat kulit cerah sikit je bez dia. Apa guna kalo boleh edit muka karektor kita tapi semua pakai helmet yang sama. Function giler. Dalam Apex Legends, karektor semua dah set. Tinggal nak pakai yang mana je.

Benda lain pasal game ni ialah kalo mati, ko masih ada chance untuk join balik. Bila mati, karektor ko akan jatuhkan kotak. Kalo member berjaya pegi kat kotak tu, diorang akan pegang kad korang. Tinggal bawak ke Respawn Point pastu BOOM! Back In The Game Baby. Satisfying gila. Aku kalo main PUBG, bila mati je terus fed-up. Rasa cam useless gila takleh nak tolong team. Boleh tengok je apa diorang buat, takpun keluar game, find match baru. Teammates pakai buang je. Dengan cara Apex Legends, kalo ko dapat team yang ke laut cam korang, gentle best. Korang akan protect each other kaw-kaw nye lah. Member mati diorang akan tolong korang. Now that’s what I call Teamwork.

Gameplay Apex Legends dia memang terbaik. Super smooth dan banyak gila skill yang boleh korang buat. Dengan tambahan Special Skills, boleh slide, dinding boleh panjat. Aku paling tak tahan bila kat dalam PUBG kalo kat padang lapang. Takde tempat nak menyorok. Lari pulak lembap nak mampus. So majoriti player mati adalah disebabkan diorang takde benda yang boleh protect diorang. Basically, tempat paling safe ialah dalam bangunan, belakang dinding atau paling teruk pun belakang pokok. Dalam Apex pula, semua tempat tak safe. Tapi bagus la camtu. Takde la orang spam satu tempat pastu snipe je dari tingkat tinggi. Ko boleh combo macam baling bom, sorok belakang dinding, tembak sikit, guna teleport pegi seberang bandar, tembak dari situ pulak, pastu switch tempat setiap beberapa saat. Enemy akan keliru giler posisi sebenar ko. Combo macam tu bukan senang nak  dapat buat kat game lain.

Aku recommend korang at least try je. Tutorial dia sekejap je. Korang takkan menyesal. Korang bukan setakat main game semata-mata. Korang juga akan support Respawn Entertainment. Lag-lagi lately diorang tengah struggle giler sebab game sebelum diorang Titanfall tak mencapat expectation diorang. Game diorang buat semua best-best, cuma marketing diorang tak mencapai ke mainstream.



Leave a Comment

Scroll to Top