Para Peminat Yang Nampak Logo Ini Mesti Terus Mengenalinya Dalam Resident Evil
Sebagai seorang gamer, mesti korang pernah dengar tentang game Resident Evil betul? Daripada menjadi sebuah video game untuk PS1, sehingga lah menjadi live action movie, Resident Evil dah menawan semuanya. Game terkini daripada Capcom, company yang membuat game Resident Evil ni adalah Resident Evil 2 Remake yang dah mendapat jualan hangat disebabkan action dan horror yang padat ditambah pulak dengan perasaan nostalgia sambil bermain game ini.
Jadi, jika korang adalah seorang peminat kepada siri Resident Evil, mesti korang tau siapa Umbrella Corporation kan? Umbrella Corporation ini adalah sebuah organisasi yang menyamar sebagai sebuah pharmaceutical yang dikatakan menjual barangan ubat yang bagus. Tapi sebenarnya diorang membuat uji kaji untuk satu virus yang akan dijual untuk membuat sebagai “Bio Organic Weapon”. Logo iconic untuk Umbrella Corporation ini adalah sebuah payung yang berwarna merah dan putih dan ini jugak lah menjadi lambang iconic diorang sepanjang wujudnya Resident Evil ini.
Mempersembahkan Logo Umbrella Corporation Dari Game Resident Evil Tapi… Ianya Di Shanghai
Tapi baru-baru ini ada satu syarikat di China yang mempunyai satu logo ramai peminat game Resident Evil akan terus mengenali logo itu. Logo untuk syarikat Shanghai Ruilan Bao Hu San Biotech Limited itu jika korang lihat, memakai sebuah logo yang serupa dengan logo Umbrella Corporation. Cuma bezanya adalah syarikat ini memakai warna turquoise dan putih.

Logo yang digunakan ini adalah tulen dan tidak sama sekali diubah dalam Photoshop dan melalui website official syarikat tersebut, memang betul diorang pakai lambang tersebut. Tidak pasti samada president syarikat ini merupakan seorang peminat Resident Evil atau Shanghai ini merupakan Raccoon City yang sebenar. Apa-apa pun jangan betul-betul jadi zombie apocolypse sudah lah memandangkan syarikat ini pun merupakan syarikat biotech, sama seperti Umbrella Corporation.
Sumber: Kotaku
See Also: Apa Yang Kita Tahu Tentang Elden Ring Game Awesome FromSoftware, PermaDeath Dan Bermain Sebagai Siapa-Siapa Sahaja Wow!, ILLEGEAR ROGUE : Laptop Power On-The-Go!, Monster Hunter Movie Leaked Preview!? Cool!!, Elon Musk Taknak Kreditkan Fan Artist Untuk Karya Nier: Automata
Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-
Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)
& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!
Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)
Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)
Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)
RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam