Lotac Gaming, Pasukan Dota 2 negara berpisah? Serious??




Korang tahu tak Lotac Gaming, kumpulan Dota 2 Asia Tenggara yang dianggotai oleh Yamateh, Ohaiyo, Raven, ChYuan, dan Skem. Pasukan ini ditubuhkan pada September 2018 dan malangnya mereka telah berpisah. Antara pencapaian dan kejayaan yang mereka dah capai adalah seperti dibawah:

  1. Qualifier Asia Pacific Predator League 2019 – Tempat Pertama, di Thailand pada 15-17th Februari 2019.
  2. StarLadder ImbaTV Dota 2 Minor Southeast Asia Qualifier – Tempat Kedua
  3. Asia Pacific Predator League 2019 – Tempat Keempat

https://www.facebook.com/lotacOFFICIAL/photos/a.323936538169012/400017990560866

Di page Facebook mereka sendiri, mereka dah mengucapkan terima kasih buat kali terakhir kerana pasukan tersebut akan berpisah dan akan mengambil haluan masing-masing. mereka juga mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tak jemu menyokong dan meminta maaf kerana tidak dapat memberikan hasil yang terbaik sepanjang mereka berpasukan. Seterusnya,  mengatakan yang dorang akan membantu mencari pasukan baru untuk pemain-pemain tersebut supaya dapat meneruskan kerjaya sebagai pemain Pro Dota 2.

Sis rasa terkejut dan sedih atas berita yang disampaikan oleh mereka ini. Apa pun, all the best kepada semua anggota Lotac Gaming. Semoga semuanya berjaya dalam hidup!

P/s: Nak buat servis komputer atau beli komputer tapi tak tahu dekat mana? Call je terus  team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top