Battle Royale



Alamak gais, so E-jam dengar cerita banyak yang Malaysia betul-betul nak haramkan PUBG ni huhu. Macam mana nak dapat chicken dinner lagi ni huhu sedihnyaaaa.

So sejak dua menjak ni ada kejadian yang dikira sejarah paling hitam bagi New Zealand akibat genocide yang berlaku pada 15 March Jumaat lepas di masjid Al-Noor, Christchurch, ramai di Malaysia yang beranggapan PUBG ni salah satu punca besar berlakunya keganasan tersebut. Setakat ni, ada beberapa poll yang dilakukan untuk mendapatkan persetujuan ramai tentang pengharaman PUBG ni.

Statistik tu pulak menunjukkan percentage tinggi kepada pengharaman PUBG. Well, sebenarnya tak 100% pun tapi lebih kepada 58% daripada 100% tu yang bersetuju kepada pengharaman tersebut.

Okay so ni pendapat E-jam lah dan lebih kepada persefahaman kebanyakan gamers, tak wajar pun PUBG ni kena banned. Sebab apa? Sebab dunia realiti tak sama dengan dunia maya atau game lah. Selain tu, debat ni sebenarnya dah lama dah didebatkan di luar negara sejak keluaran game shooters yang ganas. Salah satu reason yang E-jam baca pasal pengharaman PUBG ni adalah, “Dalam PUBG ni ada mod latihan tembak menembak”. Okay….? Bagi E-jam memang tak sama lah, bayangkan lah korang pegang senjata betul-betul, berat weh and recoil lagi dasyhat daripada dunia gaming weh. Tak pernah E-jam tengok sesiapa terus boleh lompat tinggi macam dalam game, boleh karate sana sini hebat gila macam dalam game dan tembak tepat gila melalui main game. Tak pernah lagi kan? Dalam anime tu lain cerita lah hahaha.

Kalau nak ban PUBG, kenapa tak ban game lain sekali? Banyak je game lain yang ganas-ganas tapi kenapa baru sekarang nak ban? E-jam bukan nak jatuhkan siapa-siapa tapi sebenarnya game, tak membawa kepada keganasan pun. Kalau nak cerita pasal keganasan, banyak je game, video, movie pun ada keganasan tau. E-jam boleh je keluarkan banyak point tapi demi menjaga keseimbangan dalam negara, E-jam taknak lah gaduh-gaduh.

Tapi betul apa yang E-jam cakap. Kalau korang baca article yang dibuat oleh wahai saudara sejagat Luqhman pasal kajian tentang violence dalam gaming pun dah terbukti dah. Sebenarnya semua ni lebih kepada mindset. Game tu hanyalah game. Cara bermain tu yang penting. Main kena ada masa dia, jangan syok sangat main sampai lupa dunia, jangan sampai terikut, itu jer. Semuanya terletak kepada sifat gamer itu sendiri. Semua orang ada pilihan masing-masing. Samada diorang nak jadi tu atau diorang nak halang diri daripada jadi tu.

So conclusion nya, tak patut ban kalau sebab benda-benda macam mengandungi keganasan. Banyak je benda keganasan sekarang ni and daripada banyak sumber. Untuk perbetulkan benda ni, kena perbetulkan sifat je, tak payah ban. E-jam sebagai gamer pun tau limit kepada main game dan tu hanyalah game, tak perlu bawa ke dunia realiti. Ni hanyalah pendapat E-jam dan segelintir gamers di luar sana yang sekepala dengan E-jam okay gais. So, apa pendapat korang? Ciao gais~

P/s: Nak buat servis komputer atau beli komputer tapi tak tahu dekat mana? Call je terus  team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST