📢 Hari Raya Announcement: Please note that the final day for shipping online purchases will be Monday, April 8th. Shipments will resume after April 15th.

Marvel Bekerjasama dengan Riot Games untuk Komik Siri ‘League of Legends’ baru?!



Pergh, kali ni Marvel partner dengan Riot Games pula dan special sikit untuk Komik ‘League of Legends’ siri baru.  Mereka telah umumkan bahawa komik ini akan dikeluarkan pada tahun hadapan.

‘League of Legends: Ashe: Warmother’ adalah sebuah komik grafik yang akan jadi komik pertama yang panjang berdasarkan ‘League of Legends’Ia menunjukkan permulaan siri komik grafik ini berdasarkan game yang akan datang ke platform digital bermula pada hari Rabu, 19 Disember.

Marvel Editor-in-Chief C.B. Cebulski mengatakan yang mereka sangat excited sebab dapat bekerjasama dengan Riot dan bantu untuk membangunkan League of Legends Universe untuk para peminat dan pemain di seluruh dunia. Marvel juga memberitahu komik ini akan mengeluarkan 20 bahasa tempatan untuk peminat di seluruh negara.

Kalau korang nak tahu, ‘League of Legends: Ashe: Warmother’ akan dijual pada bulan Mei 2019 dan ditulis oleh penulis Riot Games Odin Austin Shafer dan akan menampilkan karya seni dari Nina Vakueva, yang sebelumnya pernah bekerja di seri Heavy Vinyl.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




Leave a Comment

Scroll to Top