Racun Tech
Posted in

Cara Membuat Instalment Maybank Di RacunTech.com

Alamak, duit tak cukup untuk membuat full payment? Jangan risau! Ada alternatif lain untuk korang masih dapat membuat pembayaran untuk sesuatu item/PC. Macam mana? Caranya adalah dengan menggunakan instalment Maybank. Samada korang tahu atau tidak tahu, jangan risau, kita akan walk-through process ini bersama-sama dalam blog kali ini.

Pilih Item Pilihan

Sudah semestinya, korang perlu pilih dahulu item atau PC mana yang korang inginkan dahulu. Dekat mana? Website kami bos! Boleh tekan link racuntech.com untuk buat sebarang purchase sekarang! Sebagai contoh, kami gunakan product Mousepad Tanjirou ni untuk membuat purchase secara instalment.

Bila sudah pasti dengan item yang dipilih, samada dengan spec yang ditunjukkan memuaskan, ataupun item itu sendiri sesuai dengan apa yang korang tercari-cari dan juga quantity yang mencukupi, boleh teruskan dengan tekan button Add to Cart.

Checkout

Selepas tekan Add to Cart, korang akan dibawa kepada bahagian checkout, di sini korang masih boleh lagi menambah quantity, dan juga memasukkan alamat rumah atau tempat yang ingin ditujui untuk item/PC ini. Tujuan memasukkan alamat ini adalah untuk menentukan rate shipping mengikut alamat yang telah ditetapkan, so jangan lupa isi gais! 

Tapi perlu diingatkan juga, kalau korang ingin mengambil sendiri item/PC tersebut, tekan pada option “Self-Pickup at Racun Tech” tau.

Bila dah buat seperti yang tertera di atas, maka boleh tekan “Proceed to Checkout”

Menekan “Proceed to Checkout” akan bawa kepada bahagian Billing & Shipping, kat sini korang perlu mengisikan alamat penuh penerima dan pilih cara pembayaran (payment method). Tapi seperti tajuk blog ini, kalini kita fokus pada instalment Maybank.

Setelah selesai isi alamat penuh penerima, korang boleh pilih cara pembayaran (payment method) yang tersedia di bahagian kanan. Jika korang ingin membuat Maybank Instalment (Public Bank pun boleh), maka korang perlu tekan pada bahagian EGHL dan terus kepada bahagian payment di EGHL.

Cara Pembayaran

Dalam bahagian EGHL, pilih pay with Credit or Debit Card > Instalment Payment dan pilih antara berikut: 

Maybank (Amex): Master Card & American Express
Maybank (Visa/MasterCard): Maybank Visa

Pilih juga tempoh instalment yang korang ingin apply.

Selesai memilih option untuk jenis credit card yang digunakan untuk pembayaran, korang hanya perlu isi detail card tu pula pada bahagian yang disediakan dan tekan submit payment. Seterusnya bahagian yang memerlukan bahagian TAC dan voilà, korang dah berjaya membuat instalment untuk item/PC yang korang nak! Semoga berjaya gais!

Jangan risau! RT Taufiq dah sediakan video khas untuk bantu korang dalam process instalment Maybank ni. Make sure tengok tau!

Instalment Maybank
Instalment Public Bank

Sekiranya anda sedang mencari PC gaming, tak lain dan tak bukan, boleh dapatkannya di RacunTech.

This image has an empty alt attribute; its file name is LOGO.png

This image has an empty alt attribute; its file name is LOGO.png

RacunTech merupakan syarikat gaming yang mampu merealisaikan impian anda dengan menawarkan peralatan yang sangat berkualiti.

Mengapa pilih RacunTech?

Kami membina gaming rig berdasarkan keperluan anda dan bukan berdasarkan bajet anda semata-mata.

Sejak tahun 2017, kami telah membina lebih daripada 300 custom ultimate machine.

Lebih 500,000 bahagian hardware telah dijual dan telah mendapat lebih daripada 1000 orang pelanggan seluruh negara.

Untuk maklumat lebih lanjut dan pertanyaan, layari website kami sekarang.

Join the conversation

TOP

Request a call

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)