Meme “Subscribe To Pewdiepie” Pewdiepie Mohon Semua Hentikan

racun-tech-pewdiepie-stop-meme

Pewdiepie Mohon Semua Orang Untuk Hentikan Meme “Subscribe To Pewdiepie”

racun-tech-pewdiepie-no

Haa, kenapa Pewdiepie suruh hentikan meme “Subscribe to Pewdiepie” ni?? Okay gais, untuk korang yang tau atau tak tau, Pewdiepie atau nama betulnya Felix Arvid Ulf Kjelberg adalah seorang Youtuber. Dia sekarang memegang takhta nombor 2 di dalam most subscribed Youtuber. Baru-baru ni jugak dunia sedang dalam perbalahan dalam pertarungan takhta dia dengan T-Series iaitu company music daripada India.

So kenapa suruh hentikan meme tu? Well, sejak keluarnya meme tu, daripada asalnya hanya lah untuk bersuka-suka, meme tu ramai yang mengambil serious. Contohnya adalah ada satu kejadian di mana orang yang tidak diketahui menconteng meme tu dia dinding memorial WW2 (perang dunia kedua). Tu dikira sangat-sangat tak menghormati pemergian askar-askar yang terkorban dalam peperangan. Pewdiepie jugak ada keluarkan satu video yang di mana korang boleh tengok di bawah ni: 

Video Ending Meme “Subscribe To Pewdiepie”

Tragedy Christchurch

Dalam sepanjang video dia ni, dia berkata yang meme “Subscribe to Pewdiepie” perlu ditamatkan sebab ia membawa kesan negatif. Dia paling kesali dengan kejadian yang terletak pada tarikh 15 March 2019 iaitu kejadian tembakan di Masjid Al-Noor di Christchurch. Kejadian tu dikira sejarah paling hitam selepas gempa bumi yang berlaku di Christchurch. Apa yang buatkan Pewdiepie kecewa adalah penembak tu melaungkan dengan kuat “Subscribe to Pewdiepie” dalam livestream kejadian tu. 

Pewdiepie pun memberikan respond dengan membuat post Tweet di accountnya. Dia jugak berkata yang jangan memberikan perhatian kepada penembak sebab itu lah yang penembak tu mahukan. Pewdiepie berkata, yang memiliki 90 juta subscriber, memang akan dapat beberapa orang yang berniat jahat. Yang berniat jahat tu akan buat apa-apa saja sambil melaungkan ayat “Subscribe to Pewdiepie” tu dan Pewdiepie sangat-sangat tak suka dengan perbuatan tu.

racun-tech-pewdiepie-christchurch

Conclusion

So, itu lah gais sebab apa Pewdiepie suruh hentikan perbuatan ni semua dan berterima kasih sangat kepada semua yang masih menyokong dia. Dia jugak menafikan sebarang berita atau ejekan yang mengatakan dia adalah seorang racist. Benda ni adalah sebab dia asyik buat “meme review” dan mungkin lawaknya yang sering dipandang racist. Dia berkata yang dia taknak mendapat 100 juta subscriber nanti dengan kebencian terhadap sesama sendiri. Ayat last dia adalah “kita start community ni dengan kasih sayang, kita tamatkan dengan kasih sayang jugak”

So gais, adakah korang seorang yang menyebarkan meme tu? Kalau ye maka hentikan lah ye gais dan respect keputusan Pewdiepie ni. Bukan tu je tapi kita pun cuba lah perbaiki sendiri sambil-sambil tu ye hehe. 

Keep it classy, keep it real, ciao.

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!