Menteri akan berbincang dengan TM mengenai Streamyx/Unifi Broadband Plan

 

Sebelum ini, sis memberitahu yang SKMM/MCMC membuat kenyataan rasmi kepada Malaysia mengenai MSAP berkuatkuasa dan memeberi contoh telco utama yang mengikuti perjanjian dasar baru. Dapat dilihat dengan bentuk potongan harga serta kelajuan internet yang lebih tinggi daripada sedia ada sebelum ini.

https://www.facebook.com/gobindsinghdeo/posts/10217844757010971

Sis juga memberitahu bahawa bagi TM, Streamyx/Unifi broadband tidak tersenarai dalam pelan baru untuk internet jalur lebar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo kemudian menyuarakan perkara itu menerusi media sosial Facebook beliau sendiri. Beliau menyatakan bahawa tiada cadangan diberikan yang berkaitan dengan Streamyx.

Walaupun TM sebelum ini menyatakan yang mereka akan meningkatkan kelajuan internet untuk penguna Streamyx yang sedia ada, tetapi perkara itu telah lama menyepi dan tiada usaha yang dapat dilihat dengan peningkatan kelajuan ini. Ini amat membimbangkan mereka yang tidak mempunyai pilihan tetapi untuk melangganya kerana mereka tiada akses untuk pelan internet yang lain-lain.

Dalam pada itu, Gobind Singh Deo juga memberitahu walaupun mereka melancarkan potongan harga untuk pelan internet ini, tapi masih terdapat lagi ramai pengguna yang masih membayar dengan harga yang lama, lebih mahal serta mereka yang belum di upgrade-kan. Dia akan memastikan MCMC berikan tekanan kepada setiap telco yang terlibat untuk mempercepatkan proces upgrade tersebut.

Beliau juga akan teruskan usaha dengan lebih baik untuk tingkatkan kualiti perkhidmatan internet di negara Malaysia agar negara kita bersedia untuk ke arah era digital baru yang kini dapat dilihat di dunia dan dikenali sebagai Industri 4.0.



Sis rasa happy sebab ada juga pihak atasan yang sedar betapa ketinggalannya kita dalam era digital baru dan mereka juga perasan bahawa Streamyx masih dalam tahap yang sama tanpa ada usaha untuk tingkatkan kualiti perkhidmatan internet mereka. Come on Malaysia!

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

 

Leave a Comment

Scroll to Top