Metro Exodus: Epic Isytihar Perang Dengan Steam!!



What!? Baru-baru ni Epic memang dah cari gaduh dengan Steam dengan mencuri sikit game dari storenya dan masuk ke Epic Games Store. Tapi kali ni Epic isytihar perang dengan mengambil game exclusive Steam iaitu Metro Exodus yang sepatutnya keluar pada 15 Februari di Steam Store.

Yes ni adalah keputusan 4A dan Deep Silver yang dah berputus untuk mengeluarkan Metro Exodus daripada Steam dan masukkan ke Epic Games Store. Dikatakan 4A dan Deep Silver ada masalah dengan Steam yang tidak diketahui dan dengan itu mengeluarkan terus lah game tu. Ramai jugak gamers yang protest tau pasal isu Metro Exodus ni. Game Metro ni jugak dikatakan akan jadi exclusive di Epic Games Store selama setahun dan akan kembali ke Steam pada 14 Februari 2020.

Epic Games Store dikatakan ingin bertanding dengan PC Store yang lain. Dengan itu, Epic Games Store cuba sedaya upaya dengan memberikan offer terbaik kepada game developers untuk menjualkan game diorang di Epic Games Store lagi-lagi yang game exclusive. Tapi, Metro Exodus yang akan keluar dalam masa 18 hari lagi pun diorang dah amik jugak. Nasib baik yang dah pre-order dekat Steam tak dibatalkan dan masih dapat pada 15 Februari nanti so chill.

Benda seperti ni tak prnah dibuat lagi oleh mana-mana PC Store tau so ramai orang terkejut dan marah sebab diorang tarik game tu pada last minute. Valve, tak suka dengan isu ni mengatakan di Steam Store diorang yang Metro Exodus ni telah ditarik kerana publisher ingin mengeluarkan game ni di PC Store lain (Epic Games Store). Ramai jugak kata yang insiden ni akan menyebabkan berubahnya dunia gaming kita suatu hari nanti. Well, apa-apa pun bro harap Steam bersabar la ye. Apa-apa pun bro tetap setia pada Steam okay hehe XD.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!