Announcement : Final shipping date is on Thursday, April 20th. Purchases made after will be shipped starting from April 26th to give way to Hari Raya break.

Microsoft akan keluarkan Generasi Xbox baru- 2 varian sekaligus?



Nampaknya Microsoft bakal hadirkan satu konsol baru yang mempunyai prestasi yang berbeza untuk memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengguna. Konsol apakah itu?

Microsoft akan meneruskan codenames bertemakan reptilia untuk konsol Xboxnya. Xbox generasi baru ini dijangka akan tiba pada tahun 2020 dan mempunyai dua varian yang diberi nama Anaconda dan Lockhart.

Varian Anaconda akan menampilkan spesifikasi yang lebih tinggi seperti mempunyai processor/grafik yang lebih baik dan boleh masukkan storage SSD untuk kurangkan masa game load. Manakala varian Lockhart pula mempunyai spesifikasi mid-range Lockhart sport.

Kedua-dua konsol ini akan support sepenuhnya Xbox dan Xbox 360 games dan Xbox One titles. Anaconda dijangka akan menggunakan core CPU Zen 2 yang akan datang dan Navi GPU, yang akan menjadi peningkatan besar seperti dalam Xbox One X. Anaconda akan gantikan One X, manakala Lockhart gantikan One S.

Tapi mungkin mereka akan hadapi isu sebab dua-dua konsol ini akan dilancarkan sekaligus dan pasti orang ramai akan pilih konsol mana paling murah. Dan kalau murah sangat, takkan dapatlah rasa pengalaman yang memberikan prestasi yang lebih baik kan? So? Fikirlah haha


Sumber: THE VERGE 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.








Leave a Comment

Scroll to Top