Haa mimpi ngeri macam mana tu? Baru-baru ni dah keluar cinematic trailer baru untuk game daripada franchise Metro yang terbaru iaitu tak lain dan tak bukan Metro Exodus.
Cinematic trailer dikeluarkan di banyak tempat melalui social media so korang boleh je tengok kat mana-mana tapi better di sini je terus hehe.
Untuk pengalaman cinematic trailer yang paling best, bro suggest korang tengok dalam 4K okay? Memang best trailer ni bro tak tipu and korang dapat mendalami sendiri trailer ni dan lepas dah tengok jangan lupa comment apa korang rasa and pendapat korang okay pasal trailer ni! Trailer ni berkisahkan pasal Artyom iaitu protagonist game ni mengalami mimpi ngeri pasal budak misteri yang tak dapat dia selamatkan.
Game Metro Exodus adalah game ketiga dalam series Metro dan dibuat oleh 4A Games. Game ni akan release pada 15 Februari seluruh dunia dan untuk PC dijual di Epic Store Games dan untuk console berada di mana-mana kedai game berhampiran.
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.