AAA Games

Mobile Version Apex Legends On The Way!?

racun-tech-apex-legends-mobile

Lepas Ni Korang Boleh Lompat/Tembak/Parkour Sana Sini Dalam Apex Legends Melalui Mobile Phone Korang Sahaja!

racun-tech-apex-legends-mobile-octane

So gais, adakah korang excited dengar yang Apex Legends akan masuk ke alam Mobile pulak?? So baru-baru ni, EA dah confirmkan yang diorang akan memasukkan Apex Legends ni dalam pasaran Mobile pulak. Untuk pengetahuan korang, Apex Legends adalah salah satu game Battle Royale yang terbesar sekarang (saing dengan PUBG dan Fortnite). Apex Legends adalah keluaran daripada Respawn Entertainment yang famous dengan game Titanfall series.

Bukan akan masuk kepada Mobile je, tapi katanya game ni akan diluaskan lagi sehingga ke China. Kata oleh EA, Apex Legends adalah salah satu franchise atau game yang senang menaik bagi diorang. So dengan itu, diorang ada banyak plan untuk masa depan game ni. Diorang harap game ni masih akan dimain dalam masa beberapa tahun lagi akan datang. Sambil-sambil tu, season 2 akan tiba pada bulan June nanti gais dan kita boleh expect Legend baru iaitu Tesla dan beberapa fix yang lain.

Mana Update Apex Legends? Macam Mana Game Apex Legends Mobiles Ni?

racun-tech-apex-legends-mobile

Jika korang tertanya-tanya kenapa game ni macam senyap jer atau dah lama takda update, ada sebabnya kenapa. Antara sebabnya adalah sekarang, Respawn Entertainmet ada projek baru iaitu Star Wars Jedi: Fallen Order. Sebelum ni diorang ada terfikir nak buat Titanfall 3 pulak tapi telah ditunda disebabkan kerja yang banyak. Diorang jugak taknak mengulangi lagi kejadian seperti Bioware ataupun Epic Games yang sentiasa memenatkan pekerjanya.

CEO Respawn ada jugak pernah berkata yang dia taknak pekerja-pekerjanya letih dan stress. Sambung kepada Apex Legends balik, ini kali pertama EA berkata yang ada potensi kalau Apex Legends dijadikan sebagai Mobile Game. Ini berikutan sambutan hangat yang didapati daripada feedback players di PC,PS4 dan Xbox One. Tapi ni bukan kali pertama keluarnya game Battle Royale ke phone.

Contoh yang dah ada adalah PUBG Mobile dan Fortnite Mobile. Kedua-duanya adalah merupakan game yang jugak dapat sambutan hangat di platform lain. Untuk game Apex Legends versi phone tu, tidak pasti samada adakah ianya akan cross platform seperti Fortnite iaitu lawan dengan pengguna console, atau ianya stand alone macam PUBG Mobile.

Sumber: Polygon

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!