Uncategorized



Team MYA kembali dengan pengakhiran yang kuat pada Musim Pertama di mana mereka mendapat tempat ketiga. Sebuah pertukaran ahli pasukan yang besar berlaku menyebabkan mereka tidak layak menerima jemputan terus ke Musim 2, dan kehadiran yang begitu menghampakan telah menyebabkan mereka terpaksa berakhir terlalu awal. Namun, MYA kembali musim kali ini bersama Shadow, Flint dan Kucing Gebu dalam pasukan mereka.

Selain itu, ICON MY tidak perlu lagi pengenalan selepas berjaya layak dalam semua musim MPL-MY/SG. Pasukan ICON MY diwakili dengan beberapa pemain yang sudah lama beraksi seperti veteran Cometopapa dan Unta, sementara Xpax X-Assins memiliki pemain yang sangat mencabar iaitu Ax. Ax terkenal sebelum ini sebagai Jinn daripada pasukan juara MPL-MY/SG Musim Ke-2, Saiyan Reborn.

Daripada Singapura, NARA ESports menyerlahkan penampilan pertama mereka dengan menangkap kelayakan mereka dalam Musim Regular, memenangi dengan 2-1 daripada comeback menghadapi pasukan Jasper & Friends pada Kelayakan Singapura. Pasukan yang perlu diambil perhaitan ialah Fenrir (sebelum ini seorang pesaing di Indonesia) dan Kolia (bekas Kapten Evos Esports SG).

Keempat-empat pasukan ini akan bertemu antara satu sama lain bersama dengan enam pasukan dijemput daripada Musim 2: Reborn (Juara Bertahan, sebelum ini ditukar nama daripada Saiyan Reborn), Bigetron SG (Juara Musim 1), Bosskurr Gaming (sebelum ini AirAsia Saiyan), Evos Esports SG, Resurgence dan Geek Fam.

Drama Semasa Kelayakan

Dengan taruhan yang besar serta tahap persaingan yang sentiasa meningkat dalam MPL-MY/SG, pusing kelayakan MusimKe-3 tidak berjalan tanpa drama. Antara tuduhan yang sering dibualkan adalah pemain bermain tipu secara “jockeying” atau “piloting” di mana pemain mengupah pemain luar negara untuk menggantikan mereka dalam perlawanan kelayakan online. Menurut Moonton, garis panduan baharu akan diperkenalkan untuk Musim Regular akan datang.

“Sebagai developer Mobile Legends: Bang Bang dan pemilik hartanah Esportsnya, Moonton menentang semua jenis penipuan kerana ia melawan segala cita-cita integriti dan semangat kesukanan. Kami telah mengambil tindakan yang akan diperkenalkan untuk menghalang apa-apa insiden yang akan berlaku pada masa akan datang, dan ia akan disenaraikan dalam buku peraturan rasmi yang akan berkesan dalam Musim Regular seterusnya,” kata Logan Shaw, Pengarah Perlawanan.

Beliau juga mengatakan “Kami ingin menjamin pemain dan yang memegang taruhan besar bahawa kami telah menerima maklum balas sepanjang pusingan kelayakan Musim Ke-3. Sementara MPL-MY/SG berkembang dan lebih matang, kami akan terus komited dengan kerja kami menghadapi segala cabaran dan membawa MLBB Esports ke tahap seterusnya dalam komuniti tempatan.

Untuk maklumat lebih lanjut, pengasas MPL-MY/SG akan mengeluarkan laporan insiden penuh dan akan di kemas kini di buku peraturan rasmi pada laman web mysg.mpl.mobilelegends.com.



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST