MPL

MPL: Ulasan Minggu Pertama!



Dengan kedatangan minggu kedua untuk Musim Regular, mari imbas semula segala peristiwa pada minggu pertama.

Hari Perlawanan Pertama

EVOS Esports SG vs Bosskurr Gaming (2-0)

EVOS SG menetapkan mesej yang mantap kepada pasukan Malaysia terkuat dengan memenangi skor 2-0. Sang Singa berjaya menumpas Si Rimau dengan pilihan combo yang menarik serta strategi agresif mereka.

ICON vs Geek Fam (2-0)

Pertemuan ini agak menarik untuk ditonton kerana ada sejarah gelap antara mereka. Sebelum ini, dua pasukan ini berada di bawah nama Geek Fam. Kuja pula merupakan bekas kapten pasukan Geek Fam Mystic (sekarang hanya dipanggil Geek Fam). Dia telah disingkirkan daripada pasukan itu dan ICON menjemput untuk menyertai pasukan mereka. Hasil daripada itu, ICON, pasukan underdog di antara dua itu, berjaya menjatuhkan Geek Fam dengan penuh elegan.

Hari Perlawanan Kedua

Resurgence vs MYA (2-0)

Resurgence membuktikan mengapa mereka telah berjaya ke peringkat akhir musim lalu. Gameplan mereka sangat telus dan jelas di antara ahli pasukan mereka menyerlahkan sikap disiplin dan matlamat mereka dalam liga ini. Mysterious Assassin bermain terlalu pasif sehingga gagal untuk menumpaskan strategi Resurgence. Resurgence memenangi perlawanan itu dengan begitu mudah.

Geek Fam vs Bigetron (2-0)

Dengan kedatangan semula Jasonkoh, Bigetron beridam untuk mencapai semula zaman kegemilangan mereka. Namun, selepas Geek Fam ditumpas hari sebelumnya, mereka seperti dihidupkan semula dan memberi persembahan yang menakjubkan melawan Bigetron. Pasukan dari Malaysia ini nampak lebih tersusun dan berazam untuk memenangi perlawanan hari itu. Mereka berjaya membawa pulang dua mata.

Reborn vs EVOS Esports SG (1-2)

Mengakhiri hari kedua ialah pasukan pertama bertanding untuk musim. Pertemuan semula Finalist Musim Ke-2 memberi perlawanan yang paling intense untuk musim ini. Dengan keberanian EVOS menggunakan Badang membuahkan hasil yang mengerikan pihak lawan. Malangnya, pihak lawan telah mengubah draf perlawanan seterusnya sehingga membuatkan Badang tidak dapat menyumbang kepada pasukan mereka. Game 3 memberi semula tempat teratas kepada EVOS dengan memenangi skor 2-1.



Hari Perlawanan Ketiga

NARA Esports SG vs XPAX X-ASSINS (2-1)

Dua pasukan underdog bertemu untuk membukakan hari ketiga dengan perlawan yang meletup. Mereka telah mengejutkan penonton dengan perlawan yang sengit tetapi akhirnya NARA juga yang membawa pulang 2 mata daripada perlawanan mereka.

MYA vs ICON (0-2)

Perlawanan kedua antara MYA dan ICON. Satu inginkan kemenangan pertama mereka, satu lagi inginkan mengambil nombor teratas dalam musim ini. ICON mempunyai synergy yang baik dan berjaya mendapatkan markah 2-0. Mereka juga merupakan sattu-satunya pasukan yang tiada lagi rekod kalah pada musim ini.

Reborn vs Resurgence (2-1)

Perlawanan ini merupakan flashback kepada separuh akhir MPL Musim Ke-2. Game 1 dimenangi oleh Resurgence dengan mengejutkan Reborn dengan taktik Zhask-Diggie combo. Game 2 pula Loong menggunakan Harith untuk kali pertama dan dapatkan seri untuk pasukan mereka, Game 3 Reborn membuat comeback dengan prestasi pasukannya yang kukuh.

Apakah kesudahannya nanti? Saksikan perlawanan Minggu Ke-2 Untuk Mobile Legends Professional League setiap hari Jumaat pada pukul 7 malam serta Sabtu dan Ahad pada pukul 5 petang.



Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST