Okayy kepada sesiapa yang pernah suka main Harvest Moon, game berkebun tu, sekarang ni ada game yang sebijik macam tu haaa dan nama gamenya adalah My Time At Portia. Game ni sebenarnya dah dikeluarkan pada Januari 2018 tapi game ni hanyalah Early Access bermakna tak banyak feature yang ada dalam Early Access tu.
Tapi baru-baru ni telah diannounce oleh company Pathea yang membuat game My Time At Portia ni, game ni akan dijadikan Full Release dan dijangka keluar pada minggu depan la tapi so hehe tunggu ye.
Untuk kepada sesiapa yang tak tau, My Time At Portia ni sebijik macam Harvest Moon iaitu game yang kene rajin berkebun tetapi boleh je buat aktiviti lain macam memancing, bela haiwan ternakan, dan lain-lain. Tetapi My Time At Portia ni ada bezanya. Bezanya adalah dia ada juga mirip post apocalyptic macam game Metro iaitu dunia dah rosak sebab peperangan yang gempak berlaku dulu.
My Time at Portia ni jugak lain sikit daripada Harvest Moon sebab boleh lawan ngan robot,raksasa dan lain-lain lagi tau haa baru gempak beb! So, nantikan la ye bossku sekalian untuk main game awesome ni selepas tinggalkan Early Access pada minggu depan dan yes ada penambahan harga sedikit tapi lek ah, game ni memang berbaloi.
P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.