Nomura: Pelbagai Pembinaan di Ambil Kira Untuk Menemani Final Fantasy VII Remake



Haritu, semasa acara tertutup The World Ends With You: Final Remix, yang telah diadakan pada Oktober 30, Tetsuya Nomura, Producer kepada Square Enix, telah menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh peminat yang hadir ke acara tersebut. Antara soalan yang diberikan kepada Nomura adalah berbunyi, ” Saya mahu bermain Before Crisis: Final Fantasy VII sekali lagi”.

Nomura mengatakan yang tak semua orang tahu tentang ini, tetapi dia sedang melakukan Final Fantasy VII Remake. Nomura menjawab sambil tertawa. Buat masa sekarang, Nomura meletakkan fokus kepada Kingdom Hearts III, dan, apabila ianya siap, Final Fantasy VII akan menjadi destinasi seterusnya. Nomura juga sering memikirkan tentang idea untuk pelancaran remake tersebut. Kesemua Old Timer yang berada dalam Square Enix memikirkan yang pelbagai pembinaan di ambil kira untuk menemani Final Fantasy VII Remake. Kemungkinan, kompilasi Final Fantasy VII. Tapi, buat masa sekarang, tunggu akan kemunculannya.

Jadi, di sini, abam boleh katakan yang sudah semestinya, Final Fantasy VII Remake akan hadir. Abam juga dapat rasakan yang peminat-peminat Final Fantasy VII, tentu tak sabar kan? Juga, abam nak tanya, apakah expectation korang untuk Final Fantasy VII Remake ni? Untuk abam, simple, abam tengok KH3, kalau ngam, Final Fantasy VII pon ngam jugak.

[yotuwp type=”videos” id=”L-xvMsEw3LE” column=”1″ per_page=”1″ player=”mode=large&autoplay=1″]



Leave a Comment

Scroll to Top