Nvidia keluarkan GPU warna GOLD??



So, semalam Nvidia baru je release satu kad yang baru. Kad ni dah diura-urakan selama sebulan ynag mana diaorang kata nak release tak release lagi and akhirnya baru release semalam! Graphic Card ni mempunyai 24GB GDDR6 dan penuh dengan cip TU102 serta codename kad ni sangat mengancam iaitu T-Rex! Hebat sangat ke kad ni sampai digelarkan sebagai dinasour T-rex iaitu dinasour yang paling ganas dalam filem Jurassic World!

Dah seminggu Nvidia Titan RTX diuar-uarkan kat media sosial, sekarang dah official dah kad ini dilancarkan. Menurut Nvidia Titan RTX T-Rex ni merupakan kad paling laju dan yang amat stabil untuk handle ‘Turing’. Sebabnya kad ni dah penuh sangat dengan cip TU12 yang mana mempunyai shader dan core yang lebih jika dibandingkan dengan RTX 2080 TI. Sebenarnya kad ni lancarkan purposely untuk developers, para saintis dan juga content creator. Senang kata kad ni untuk tujuan professional lah!

Dari sudut teknikal, Titan T-Rex ni mempunyai binaan yang sama seperti Quadro RTX 6000 disebabkan cipset TU12 dengan 4068 CUDA core, 576 Tensor dan 72 RT Core. Kapasiti memori masih lagi dikekalkan dengan 24GB GDDR6 memori dengan 384-bit interface. Namun kapasiti memori meningkat kepada 672 per saat berbanding Quadro RTX 6000.

Apa yang sis paling suka tentang RTX Titan T-Rex ni adalah dia punya design yang sama seperti Founder Edition tapi warna dia yang sangat Shining iaitu warna emas! Menampakkan lagi keunikkan dan kecantikkan RTX ini. Dan ada tulisan “TITAN RTX” pada backplate serta “TITAN” dari tepi Titan RTX ini. Harga? Menurut Nvidia daripada official site dorang sendiri RTX Titan T-Rex ni berharga $2499 USD iaitu sekitar RM10377 Ringgit Malaysia. Fuh! Dah macam hantaran!

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top