Nvidia mengaku ada masalah pada sesetengah kad RTX 2080 Ti



Sebelum ini, ada yang melaporkan mengenai kad Nvidia RTX 2080 Ti bukan sekadar mahal tapi tidak berbaloi sebab ada setengahnya mempunyai masalah. Kini, Nvidia telah mengaku dalam forumnya bahawa memang betul RTX 2080 Ti mempunyai masalah. Di dalam forum tersebut, syarikat itu menyatakan bahawa ‘test escapes’ terhad awal boards yang meyebabkan sesetengah pelanggan mempunyai isu dengan RTX 2080 Ti Founders Edition. Dan mereka bersedia untuk membantu para pelanggan yang mengalami masalah.

Apa yang difahami mengenai ‘test escapes’ adalah apabila mereka sedang menguji bahagian-bahagian untuk boards awal, kemungkinan dalam proses pembuatan tersebut ada beberapa komponen yang sebenarnya tidak berfungsi dengan baik dan ianya terlepas seperti komponen transistor, kapasitor, modul RAM dan sebagainya.

Syarikat ini juga memberitahu yang mereka telah mengalami masalah ini terlebih dahulu sebenarnya, apabila seorang staf mereka mempunyai kad RTX  Ti Founders Edition yang ada masalah selepas beberapa minggu menggunakannya. Terdapat laporan yang menyatakan masalah ini disebabkan kad Internet yang rosak, tapi tidak ada jumpa pula masalah ini selepas dikenal pasti. Ada yang mendakwa ia adalah modul RAM yang rosak. Jadi, Nvidia sendiri yang mendakwa bahawa sebahagan besarnya kemungkinan mempengaruhi boards Founders Edition, tapi ia masih belum mengesahkannya untuk masa sekarang.

Jadi, kalau korang ada masalah seperti ini, korang boleh terus pergi ke portal Nvidia untuk dapatkan bantuan daripada mereka.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top