Posted in

Nvidia RTX 2060 Bakal Dikeluarkan pada minggu depan!

Posted in



Guys, laju betul Nvidia keluarkan kad grafik baru kan. Sis yakin, sebelum ni korang mesti dah banyak dengar khabar angin mengenai keluaran kad grafik Nvidia iaitu GeForce RTX 2060 kan, cumanya belum confirm lagi bila ia akan dikeluarkan. Khabarnya, mereka telah mengesahkan tarikh pelancaran kad Turing yang terbaru ni. Bilakah?

Menurut rumor yang terbaru, Nvidia akan mengumumkan GPU Turing TU106 GPU baru iaitu GeForce RTX 2060 pada 7 Januari 2019 dan akan dikeluarkan di store pada 15 Januari dengan harga $349 (RM 1443) untuk model Founders Edition. Harganya mampu dimiliki dan ia akan dilancarkan di CES 2019.

Nvidia GeForce RTX 2060 Founders Edition ini mungkin kelihatan seperti RTX 2070. Ia dikatakan ada satu single 8-pin power connector dan full cover metal backplate, ditambah 2x DisplayPort, 1x HDMI, 1x DVI dan 1x USB Type-C connector dan dua cooling fans.

Macam yang sis katakan tadi, RTX 2060 kelihatan seperti RTX 2070, tapi mestilah ada sikit lainnya, Korang boleh tengok dekat jadual di bawah ni untuk bandingkannya;

Bukan tarikh dan cirinya didedahkan, tapi benchmarks games pada 1440p dan 1080p untuk kad grafik ni juga dah dikeluarkan. Berdasarkan benchmarks tersebut, ia menunjukkan purata FPS dari beberapa tajuk AAA yang dijalankan pada Intel Core i9-7900X test system yang connect dengan memori 16GB DDR4.

Korang boleh nampak kat gambar atas tu yang GeFoce RTX 2060 ni lagi dekat sama dengan GeForce GTX 1070Ti. Selain itu, ada juga benchmarks prestasinya dengan Ray Tracing dan DLSS yang boleh diguna;

  • Battlefield V: RT Off: 90 FPS
  • Battlefield V: RT On + DLSS Off: 65
  • FPS Battlefield V: RT On + DLSS On: 88 FPS

So, mungkin GeForce RTX 2060 ni adalah kad grafik yang mampu dimiliki untuk para pemain yang mahu rasa pengalaman menggunakan RTX sebab banyak games disediakan dan sesuai untuk jenis kad RTX ni. Apa pula pendapat korang mengenai model RTX baru ni? Adakah korang sudah racun? Hewhew


Sumber: VIDEOCARDZ

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




Join the conversation

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!