Anime

One Punch Man: Road To Hero Mobile Game Diumumkan

racun-tech-one-punch-man-road-to-hero

Peminat Tak Perlu Sedih Dengan Bakal Habisnya Siri Anime One Punch Man Dengan Game Ini

racun-tech-one-punch-man-road-to-hero-official-game

Dengan tinggal 2 episode lagi tinggal untuk One Punch Man Season 2, mesti ramai peminat akan sedih selepas habisnya kesemua episode cerita superhero yang sangat OP ini nanti. Tapi korang tak perlu risau, sebab ada berita yang mampu membangkitkan semangat korang (mungkin?). Perkenalkan game official untuk One Punch Man iaitu One Punch Man: Road To Hero. Game ni dibuat oleh Oasis Games dan akan menjadi sebagai mobile games untuk Android dan iOS.

Game ni akan membolehkan korang “relive” event, mengumpul dan berlawan dengan 50 character berbeza daripada siri anime kegemaran orang ramai ini. Dikatakan game ni akan mula dilancarkan selepas habisnya season 2 anime ni iaitu dijangka dalam masa 2-3 minggu lagi. Peminat yang berminat boleh pre-register kepada game ini untuk menjadi antara yang terawal untuk mengetahui bila game ni keluar.  

Content Dan Gameplay?

One Punch Man: Road To Hero akan memaparkan cerita dan character daripada season 1 dan menambah content season 2 selepas pelancaran game ni. Player akan bermain melalui beberapa chapter dan berlawan dengan musuh-musuh yang Saitama dan hero lain pernah bertembung sepanjang siri anime ni disiarkan.

Game ni berbentuk turn-based mobile card RPG so korang boleh main game ni secara relax dan bila berkelapangan. Tapi setakat ini kita masih tak tau macam mana rupa gameplaynya. Jangan risau, untuk pengetahuan korang, game ni adalah game official dan menggunakan official audio daripada anime untuk korang merealisasikan lagi event daripada siri anime tersebut. Bukan main macam tu sahaja, korang jugak boleh berlawan dengan player lain melalui mode PvP nanti

Menurut laporan daripada comicbook/wwg, game ni telah dinyatakan secara official begini:

racun-tech-one-punch-man-road-to-hero-game

So sekarang kita hanya mampu menunggu kedatangan game ni dan adakah ianya akan menjadi game yang best atau tidak. Tapi semestinya ramai akan sedih dengan pemergian siri anime ni dan terpaksa menunggu lagi kedatangan siri seterusnya dalam perjalanan seorang hero botak yang sangat-sangat OP ini.

Sumber: comicbook/wwg

Also: Apa Yang Kita Tahu Tentang Elden Ring Game Awesome FromSoftware, PermaDeath Dan Bermain Sebagai Siapa-Siapa Sahaja Wow!, ILLEGEAR ROGUE : Laptop Power On-The-Go!, Monster Hunter Movie Leaked Preview!? Cool!!, Elon Musk Taknak Kreditkan Fan Artist Untuk Karya Nier: Automata

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!