Co-op

Orange Sphynx, Team All Women CSGO Malaysia!!

racun-tech-sphynx-team



Team Sphynx, Team All-Female CSGO Malaysia!!

racun-tech-orange-sphynx-logo

Siapa Orange Sphynx Ni?

So gais, korang pernah dengar tak nama team Sphynx ni? Jangan risau, mari E-jam cerita korang siapa diorang ni. Team Sphynx atapun sekarang dikenali sebagai Orange Sphynx adalah team all- female ataupun semua ahli kumpulan adalah perempuan dan diorang ni adalah player-player professional CS:GO. Tapi bukan sembarangan team tau? Macam Team Rampage, diorang ni adalah wakil Malaysia untuk all-female team dalam tournament CS:GO!

Dari kiri- Iffah “3ve” Nazurah (Main Awper), Aisya “Argent” Sabrina (Entrry/Support), Ramona “GFi#” Azween (Kapten/Secondary Awper), Shanice “Alaska” Choo (Rifler/Lurker), dan Jasmine “Jazminism” Sim (Rifler/Support). Inilah jelitawan yang menganggotai dan menguasai team Orange Sphynx CSGO Malaysia perempuan yang ditubuhkan sejak 2017. Diorang jugak telah membuat collaboration dengan Orange Esports. Sebab tu nama sekarang daripada Sphynx kepada Orange Sphynx hehe. Padu beb!

So, macam E-jam cakap, ni bukan team biasa-biasa selain daripada diorang ni adalah all-female. Team Orange Sphynx ni jugak telah menyertai pelbagai kejohanan antaranya adalah WESG dengan mendapat tempat ketiga (World Electronic Sports Games), Rise of Legion CS:GO (tempat pertama) dan sebagainya.

racun-tech-sphynx-csgo

Diorang jugak lepas dalam tahap qualifier dalam WESG 2018 dan sekali gus menjadi wakil Malaysia dalam esports level SEA. Diorang pernah menang Female Esports Asian Roundup 2018 ataupun FEAR 2018 MY qualifier tetapi malangnya diorang tak dapat pergi jauh dalam tournament tersebut. Takpe geng, berusaha tanpa mengalah penting! Next time mesti sapu habis terus lah hahaha.

Goal Team Orange Sphynx

Goal kepada team ni adalah untuk menjadi the best! Walaupun sikit demi sedikit tapi diorang akan berusaha untuk mendapatkan title “the best” dan untuk menaikkan reputasi dalam sukan elektronik (Esports). Diorang jugak berusaha dengan yang amat sekali untuk cuba bertanding dalam world stage tournament suatu hari nanti. Ni lah team yang hebat gais, cita-cita tinggi hehe.

racun-tech-sphynx-members

Tapi apa yang E-jam suka pasal diorang ni, diorang ni memang pro walaupun dilanda masalah but tetap menang! Contohnya, diorang pernah berlawan dengan juara kelayakan IEM Katowice iaitu Team Carnage dengan ping setinggi 200! Pergh bila korang main secara online dengan menggunakan server international memang lag ah. Tapi walaupun ping setinggi 200, Orange Sphynx tetap bermain sehingga ke suku akhir dan tewas di tangan Carnage.

So gais, korang rasa bagus tak team ni? Bagi E-jam bagus lah jadi team CS:GO all-female terbaik Malaysia! Bukan tu je tapi dah pernah masuk international tournament lagi, kalau E-jam lawan diorang, mampus lah E-jam hahaha. So, kalau korang nak mengikuti perkembangan team Orange Sphynx ni dan menyokong diorang, boleh follow di Facebook dan Twitter diorang okay?

Goodluck team Orange Sphynx dan tunjukkan kat diorang gegirls pun boleh main game dengan pro dan harumkan nama Malaysia!

Keep it cool and ciao~

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST