Outer Worlds, Fallout Versi Space



Obsidian Entertainment mempunyai reputasi yang baik dengan para gamers dan kritik. Mereka telah menghasilkan South Park: The Stick of Truth dan Pillars of Eternity. Namun, real gamers tahu yang mereka yang bertanggungjawab atas penghasilan Fallout New Vegas, installment yang terbaik daripada siri Fallout dimiliki oleh Bethesda.

Namun, sudah 9 tahun Obsidian tidak menghasilkan game Fallout baru. Dengan announcement mod yang dihasilkan oleh peminat untuk Fallout 4 (yang bukan daripada Obsidian) bernama “Fallout 4: New Vegas”, ia terbukti bahawa players inginkan lagi apa yang Obsidian mampu buat yang developer lain tidak. Pada 7 Disember 2019, gamers digemparkan dengan berita baik. Semasa The Game Awards, Obsidian telah menyiarkan trailer baru kepada projek mereka.

Outer Worlds merupakan siri original baru daripada Obsidian dan Microsoft yang memberi peluang kepada mereka untuk menghasilkan apa yang mereka paling bagus menghasilkan: Game yang mementingkan perkembangan karakter dalam masa yang sama memberikan kebebasan kepada player untuk membuat pilihan. Maksudnya, semua perkara yang terjadi akibat kamu, game akan tidak terjejas. Tiada pilhan yang terbagus, yang teruk pun takde. Basically, ko bukan lagi main game yang ada story, tetapi ko merupakan sebahagian daripada story tersebut.

Namun, semua berita baik ada berita buruk. Dalam interview bersama GameInformer, co-director Leonard Boyarsky mengatakan bahawa Outer Worlds mungkin tidak sebesar game-game yang mereka pernah hasilkan sebelum ini. Kemungkinan boleh dihabiskan satu story mode paling lama pun 40 jam. Untuk game yang akan keluar pada 2019 daripada developer sebesar diorang, ia agak sekejap.

Apa-apa pun, kita akan tengok. Sekejap ke lama ke. Kalo game tak best, tak function jugak. Satgi tetibe pulak ada mode battle royale. Mana tahu. Harap-harap tak lah. Dah banyak sangatt dah. Tapi Apex Legends yang baru keluar tu best gak. Bettter than PUBG.

 



Leave a Comment

Scroll to Top