Co-op
racun-tech-pandemic-express-image

Korang Boleh Pilih Jadi Zombie Atau Lari Daripada Zombie Dalam Pandemic Express – Zombie Escape!

Pandemic Express ni adalah game baru yang dibuat oleh developer TALLBOYS dan tinyBuild. Game ni dimulakan dengan 30 orang dalam satu map. Objective korang dalam game ni adalah untuk naik train yang berada di hujung map. Tapi hati-hati lah, sebab di antara 30 orang tu akan jadi zombie dan akan kejar korang. Bila korang dah kena pukul sampai mati, korang akan dihidupkan balik untuk jadi zombie.

Tapi yang funnya game ni adalah first person perspective punya game. So ada lah babak ngerinya kat situ. Bila korang jadi zombie, korang akan ada skill yang boleh tolong korang untuk kejar manusia atau player lain. Yang manusia lak jangan risau, korang akan ada senjata di sepanjang perjalanan untuk bantu korang lawan zombah-zombah tu. Senang jugak bunuh zombie yang ada tapi jangan rasa senang sangat. Sebab yang jadi zombie, bila dibunuh oleh manusia akan hidup balik serta merta dan akan jadi lagi kuat.

Skill Zombie Yang Menggerunkan

racun-tech-pandemic-express

Bila korang dah hidup balik tu, korang akan dapat skill baru. Mati lagi dan dapat lagi skill baru sampai lah dapat ultra skill yang memang gerenti jadi lagi kuat. Zombie ada ability yang membolehkan diorang mark player so zombie lain pun boleh nampak. So ni kira win-win situation lah untuk kedua-dua team. Sebab manusia dapat weapon pun dah kira OP. Lagipun objective kena lari sampai hujung kot nak apa lagi hahaha.

Mesti korang rasa game ni macam battle royale kan? Well ada lah sikit rasa macam battle royale tu tapi ni bukan sebab lebih kepada escape daripada zombie. Memang best kalau dapat main game ni dengan member korang ramai-ramai. Bercakap pasal main, korang boleh dapatkan game ni seawal 2 May nanti iaitu esok lah hahaha dan boleh didapati di page Steam diorang. Apa-apa lagi maklumat yang korang ingin tahu pasal game ni boleh visit website pandemicexpress.com okay gais? Keep it cool, keep it straight, and ciao~

Sumber: PCGamer

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

Join the conversation

Request a call

TOP

Search racuntech.com

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist! VIEW WISHLIST