PC Building Simulator Dah Tak Early Access Dan Ada Penambahan??



Yow guys! Okay kali ni bro nak cerita tentang PC Building Simulator. Dikatakan PC Building Simulator ni dah buang status early accessnya dan memasuki full release sekarang. Game ni dah jadi finalized product dan ditambah sikit dengan barangan baru iaitu Nvidia.

Untuk korang yang tak tau apa benda PC Building Simulator ni, macam namanya dah tertera di situ, game ni pasal simulator untuk memasang PC korang. Simulator ni bagus untuk korang yang masih tak tau cara untuk pasang PC untuk belajar pasang dengan teliti dan mengikut pace korang.

Simulator ni bagus untuk korang test PC yang korang build dan menentukan harga untuk PC yang dibina. Selain tu jugak, bro tau untuk yang baru pasang PC yang betul-betul punya, mesti takut kan kalau ada patah ke apa kalau kasar sangat. So game ni membolehkan korang pasang dulu dalam Simulator ni dan korang boleh menyusul pasang yang betul-betul punya.

Simulator ni dah available versi full release dengan harga RM81.74 (tetapi harga sekarang adalah RM73.56 discount 10% sehingga 5 Februari) di Steam, dan ada yang Overclocked Edition yang menambah sedikit custom casing dengan harga RM102.15 (RM93.97 10% discount). So, Simulator ni memang bagus lah untuk korang yang masih belajar untuk pasang PC dan boleh belajar untuk pasang dengan betul tanpa risau mana-mana parts rosak okayyyy~

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.


Join the conversation

Search racuntech.com

Wishlist

Login

Create an account

Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.

Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG (0)

Added to wishlist!