PC Mana Lagi Bagus, Custom Atau Pre-Build?



Ada dua cara untuk beli PC lengkap kat Malaysia. Antara beli yang dah siap pasang oleh company brand tu, ataupun beli yang custom pasang oleh profesional. Atau kalau yang rajin beli part dia pastu pasang sendiri. Tapi harini aku nak bagitau pasal yang dua pertama tu je. Untuk lebih spesifik lagi, perbezaan custom pc dengan pre-build.

Perkhidmatan

Perkhidmatan kalau Prebuild ni takleh nak tentukan sangat. Kalau kedai tu bagus, bagus je la. Kalau barai, memang barai la PC. Warranty pun akan terikat pada beberapa syarat yang tertentu. Selain tu, kalau nak beli secara postage memang tak disarankan. Banyak sangat dah pengalaman order online bila sampai rosak. Tapi penjual takkan ambik kisah.

Custom PC akan guarantee korang akan dipasang oleh yang pakar. Selain itu, builder akan transparent dengan proses mereka. Korang tanya je, diorang akan jawab semua soalan korang. Kekadang diorang akan pasang depan korang untuk lebih mengesyorkan. Citer warranty lak, setiap komponen ada warranty. RAM rosak? Ganti RAM. CPU gak rosak? Ganti sekali. GPU, hard drive, semua rosak? Jangan risau, warranty ada. Kebiasaannya warranty akan sampai tiga tahun tapi kalau PC tiga tahun masih ok, then benda tu dikira perfect condition lah. No worries.

Upgradablity

Pre-build akan biasa limitkan kepada beberapa komponen yang boleh diubah. Kebiasaannya RAM dan storage. Sekiranya nak tukar CPU, ada kemungkinan komponen tu dah permanent pada board dan tidak boleh diubah. Custom PC tidak macam tu. Part-partnya senang dipasang, dicabut dan juga digantikan sekiranya ingin upgrade pada masa hadapan.

Ekonomi

Masalah PC pre-build ialah untung akan terbahagi kepada syarikat dan penjual. Oleh itu, harga akan ditetapkan oleh mereka. Yang bagus pasal ni ialah korang takkan kene tipu harga sebab dah memang standardkan. Tapi masalahnya harga akan lebih tinggi daripada performance. Mungkin PC korang beli akan murah tapi performancenya kurang daripada separuh daripada nilainya.

Custom PC boleh start dijual dengan harga yang agak tinggi. Apa yang kene faham ialah harga tiu akan tidak jauh dengan kualiti PC itu. Seperti yang dikatakan tadi, part-part PC akan dipilih mengikut kualitinya dan performancenya dan tidak jauh daripada margin kos. Dengan ini, PC mahal bermaksud kualiti tinggi.

Apa-apa pun, bukan Prebuild ni tak bagus. Ada je syarikat yang menjual PC prebuild yang high quality. Kami tiada niat untuk memburukkan mana-mana nama. Kami cuma inginkan anda dapat PC terbaik available di dunia ini.

Di Racun Tech, kami sangat bersyukur akan customer-customer yang sering order daripada kami. Custom PC ni akan membantu builder tempatan seperti kami. Kami ini hanyalah kedai kecik je kat Setia Alam ni, tapi dengan sumbangan korang, tak kisah la datang event ke, tengok LIVE di Facebook ke, dunia ni bagai jiran sebelah-sebelah saje. Kami berharap Racun Tech dapat membantu kamu semua menjadi streamer online terkenal, esports pro PUBG, video game developer dan ramai lagi. Kami sentiasa berusaha supaya perkhidmatan kami adalah sebanyak mana blood, sweat and tears yang kami korbankan.

Tengkiu verimac you allz!



Leave a Comment

Scroll to Top